• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sistem BRT di Johor Mula Operasi 2023, Kini 21.57 Peratus Siap

Sistem BRT di Johor Mula Operasi 2023, Kini 21.57 Peratus Siap

September 6, 2021 By Shawkath Leave a Comment

262
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROJEK Transit Bas Rapid Iskandar Malaysia (IMBRT) dijangka mula beroperasi menjelang 2023. Projek pengangkutanawam  itu dikatakan menelan kos sekitar RM2.56 bilion.

Memetik laporan Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Solihan Badri berkata projek itu kini pada peringkat 21.57 peratus pelaksanaan.

BACA >>> SOP Celaru, Tren LRT Bukan Lengang, Tapi Makin Sesak Sampai Penumpang Pengsan
BACA >>> #ApaNakBuat: 3 Tip Mudah Elak Jalan Raya Sesak

Beliau berkata demikian dalam program ujian rintis selama tiga bulan untuk Bas Transit Rapid (BRT) yang bermula sejak 8 April lalu;

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) melabur RM151 juta bagi memuktamadkan rekabentuk kejuruteraan infrastruktur, menilai rekabentuk keperluan operasi dan kewangan, kerja-kerja penyiasatan dan pengambilan balik tanah.

"IMBRT ialah sistem BRT komprehensif pertama di Malaysia dan akan jadi tulang belakang kepada sistem pengangkutan awam di Iskandar Malaysia.

"Projek ini akan disambung ke projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura, Lapangan Terbang di Senai, Larkin Sentral, Landasan Berkembar Kempas dan Terminal Feri Antarabangsa di Stulang Laut dan Iskandar Puteri."

Penjelasan Solihan itu dibuat ketika menjawab soalan dikemukakan Cheo Yee How (Perling - DAP) mengenai perkembangan terkini BRT Johor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-14, hari ini.

Solihan berkata, rekabentuk terperinci jajaran BRT Iskandar Puteri sudah siap sepenuhnya dan akan dibentangkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Jelasnya, rekabentuk terperinci jajaran BRT di Skudai dan Tebrau akan dimuktamadkan selepas mengambil kira maklum balas jajaran Iskandar Puteri.

Tambahnya, IRDA sudah mengadakan sesi pembentangan dan libat urus laluan perkhidmatan IMBRT bersama:

  • Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
  • Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ).
  • Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
  • Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)
  • Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG)
  • Majlis Perbandaran Kulai (MPKu)
  • Majlis Perbandaran Pontian (MPPn)
  • Majlis Daerah Kota Tinggi (MDK)

BRT ialah sistem transit berasaskan bas berkualiti tinggi yang bukan saja pantas dan selesa, tetapi juga menjimatkan kos dan dibangunkan di kawasan bandar berstatus metro.

BACA >>> Kecoh Babi Hutan Naik, Tukar Tren
BACA >>> Kucing Atas Bumbung Tak Mahu Turun Punca Tren Batal Perjalanan
BACA >>> #TahukahAnda: 9 Fakta Pelik Tapi Benar Tentang Kereta yang Ramai Tidak Tahu

SUMBER: HarianMetro

Related

262
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cheo Yee How, Program Ujian Rintis Bas Transit Rapid (BRT), Solihan Badri, Transit Bas Rapid Iskandar Malaysia (IMBRT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
    PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MITI: Kerajaan Tidak Kawal Harga Kereta, Pasaran yang Tentukan
    MITI: Kerajaan Tidak Kawal Harga Kereta, Pasaran yang Tentukan

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev