• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Trak Pikap D-Max AT35 Hasil Kerjasama Tuner Arctic Trucks, Isuzu UK

Trak Pikap D-Max AT35 Hasil Kerjasama Tuner Arctic Trucks, Isuzu UK

September 2, 2021 By Shawkath Leave a Comment

21
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEBAHAGIAN besar pemilik trak pikap gemar menambah baik atau mengubah suai kenderaan mereka. Ini sebenarnya antara penyumbang kepada kelahiran banyak syarikat tuner.

Salah satu tuner yang mencipta reputasi gah dalam segmen trak pikap ialah Arctic Trucks dan kini, mereka hadir dengan satu model luar biasa iaitu Isuzu D-Max AT35. Menurut laporan, model pikap D-Max AT35 itu dibina dengan kolaborasi bersama antara Arctic Trucks dan Isuzu UK.

BACA >>> Isuzu Malaysia Sedia Portal Khas untuk Trak Pikap D-Max Serba Baharu Demi Pelanggan
BACA >>> Isuzu Malaysia Lancar Generasi Ketiga D-Max, Ada 7 Varian, Harga Mula RM88k!

Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 - 1
Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 - 3
  • Proses pembinaan menyaksikan kru Arctic Trucks menguatkan casis D-Max dan menambah sistem suspensi Bilstein Performance dan memasang tayar berdiameter 35 inci dengan balutan tayar all-terrain pada rim aloi.
  • Arca roda lebih besar dan lebar kemudian dipasang untuk menonjolkan bahagian sisi kenderaan. Arctic Trucks juga mengenakan pemijak sisi untuk memudahkan penumpang keluar masuk ke dalam kabin.

BACA >>>Trak Isuzu Paling Laris di Malaysia Sepanjang 2020, Kekal Rekod 7 Tahun Berturut-Turut

Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 - 5
Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 - 2
  • Ruang kabin turut menerima paparan jenama tuner pada perehat kepala, penutup sil dan karpet kaki. Ada juga kemasan material kulit digunakan tetapi tiada perincian didedahkan.
  • Model itu kini hadir dengan sambungan dan fungsi Apple CarPlay dan  Android Auto, konektiviti Bluetooth, port HDMI, sistem audio dengan lapan pembesar suara dan subwoofer dan seunit skrin sesentuh infotainmen 9 inci.

BACA >>> UD Trucks Kini Milik Isuzu Motors

  • Teknologi keselamatan pula membabitkan pengesahan petanda trafik, ciri kecemasan kekal lorong (emergency lane keeping), kamera undur, sensor parkir, amaran pelanggaran depan, brek kecemasan automatik dan banyak lagi.
  • Isuzu D-Max AT35 akan ditawarkan dengan hanya satu pilihan trenkuasa iaitu 1.9 liter turbodiesel yang menghasilkan kuasa 162hp dan tork 360Nm.
  • Enjin itu dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan manual atau opsyen 6-kelajuan automatik. Trak itu akan mula dijual 14 Februari 2022. 

BACA >>> #BikinKereta: Isuzu D-Max GO2 yang Dibikin Jadi Trak Pikap Off-Road Tulen
BACA >>> #BikinMotor: Honda Super Cub 125X - Redah Off-Road 450km? No Problem!
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Lampu Depan Adaptif LED Matriks yang Perlu Anda Tahu

Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 - 4
Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 - 5
Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 - 2
Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 - 3
Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 - 1
Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 - 6
Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 - 0

SUMBER: Motor1

Related

21
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 4x4, Arctic Trucks, Isuzu, Isuzu D-Max, Isuzu D-Max AT35, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev