PERLUMBAAN mencipta pesawat supersonik sedang berlaku. Kira-kira 18 bulan lalu, firma Boom Supersonic mencatatkan kejayaan menguji jet XB-1, termasuk melakukan prajualan 15 unit pesawat Overture dengan kapasiti 30 tempat duduk, dan masih dalam proses pembangunan kepada syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), United Airlines.
Virgin Galactic dan Rolls Royce pula mengadakan kerjasama membangunkan pesawat 19 tempat duduk. Rusia pula memiliki rancangan menghasilkan jet supersonik komersial.
Namun, ada syarikat sedang mencipta kelainan, iaitu Hermeus apabila menghasilkan pesawat hipersonik, Quarterhorse yang mampu bergerak lima kali ganda lebih pantas daripada kelajuan bunyi. 😱😱
Minggu lalu, syarikat berpangkalan di Atlanta, AS itu menerima geran AS$60 juta (RM251 juta) daripada Tentera Udara AS, sebagai membiayai kos ujian jet tersebut.
Jet itu direka untuk terbang dengan anggaran halaju Mach 5.5 atau 6,790kmj, dan bakal menjadi pesawat guna semula terpantas dunia. Kepantasan pesawat itu membolehkan perjalanan dari New York ke London mengambil masa kurang sejam.
Enjin Quarterhorse ialah GE J85 jet turbo yang sudah menjalani fasa modifikasi untuk mencapai halaju hipersonik. Khabarnya, turbin digunakan mendapat tetapan baharu berdasarkan sistem induksi kombinasi kitaran
Sistem itu digunakan pada enjin jet standard untuk proses berlepas dan mendarat. Sistem juga membantu mengumpul halaju semasa penerbangan sebelum udara disalurkan ke turbin kedua, dipanggil ramjet atau scramjet.
Turbin kedua itu kemudian akan menjana lebih banyak output kuasa, tetapi syaratnya, perlu ada aliran udara berkelajuan tinggi bagi memulakan proses pencucuhan.
Proses sukar adalah menguruskan peralihan antara kedua-dua turbin dan mencapai aerodinamik diperlukan. Hermeus menunjukkan perkembangan positif menerusi penciptaan rekabentuk, pembinaan dan ujian enjin dalam tempoh sembilan bulan.
Jet itu mmeiliki dua kelebihan untuk proses ujian, iaitu Quarterhorse mampu terbang sendiri tanpa juruterbang (autonomi) yang membolehkan pasukan pembangunan projek menguji dengan tenang kerana tiada ancaman nyawa.
Rancangan awal adalah menguji pesawat skala kecil pada 2023, pesawat versi kargo sederhana (2025) dan penerbangan komersial (2029).
BACA >>> Analisis Lakaran Paten Ram Udara, Ekzos Kawasaki ZX-25R, Tidak Boleh Slip-On?
BACA >>> Perbandingan: SYM Jet X 150 vs Honda Vario 150 vs Yamaha NVX 155 VVA
BACA >>> Pesawat Guna Enjin Porsche 911 Mahu Jual di Facebook, Harga RM442k!
SUMBER: RobbReport
Leave a Reply