BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan tiga varian G310GS baharu, iaitu 40 Years Edition, Rallye dan Polar White, termasuk satu model G310R.
Ketiga-tiga varian G310GS itu ialah motosikal kapasiti kecil dalam barisan produk BMW, manakala G310R ialah siri yang digelar BMW sebagai roadster.
G310GS pula ialah model advencer dengan suspensi lebih tiggi yang boleh ditunggang atas jalan raya biasa atau off-road. Kemampuan model ini pernah dibuktikan pada acara Rimba Raid 2019.
BACA >>> #Spyshot: BMW Dikesan Sedang Uji G310GS, G310R Versi Naik Taraf
BACA >>> BMW G 310 GS (2021) Versi Naik Taraf Lancar di India
Ada tiga varian GS dan satu model GR baharu, seperti berikut:
- G310GS 40 Years Edition: Apa yang membuatkan varian ini lebih menarik adalah penampilan dengan kema warna yang menggabungkan jalur kuning seperti model '40 Years GS' dengan badan dan rim hitam serta tepi radiator dan ekor perak titanium. Anda perlu cepat, kerana cuma 40 unit varian ini sahaja dijual.
- G310GS Rallye: Tampil dengan strip dan frem merah terang, atas badan biru tua, dan rim hitam. Penutup sisi radiator dan bahagian ekor juga kelabu.
- G310GS Polar White: Menggunakan madgad depan dan penutup tangki putih. Tangki kelabu, dan seperti biasa, penutup sisi radiator dan ekor warna perak titanium.
4. G310R pula menampilkan satu warna baharu dinamakan Limestone Metallic (SportStyle), dengan badan hitam metalik, berserta strip, rim dan frem merah terang, manakala penutup tepi dan penutup lampu depan warna perak titanium.
SPESIFIKASI
Berikut ciri enjin dibekalkan pada G310:
- Ketiga-tiga model menggunakan enjin sama, iaitu jenis 4-lejang 4-injap, silinder tunggal 313cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api elektronik(EFI) berkuasa 34hp @ 9,500rpm dan tork 28Nm @ 7,500rpm.
- Model G310 dilengkapi terotel elektronik untuk respon enjin yang lebih jitu dan lancar. Selain itu, unit kawalan elektronik (ECU) enjin akan meninggikan rev apabila tuil klac dilepaskan supaya enjin tidak mati mengejut apabila mula bergerak daripada situasi pegun atau berhenti.
- Jenis klac dipanggil BMW sebagai self-boosting anti-hopping, sama seperti fungsi klac antigelincir Assist & Slipper (A&S)
- Fungsi Assist akan melekatkan plat dengan lebih kuat supaya lebih banyak kuasa enjin dapat digunakan. Selain itu, ia juga meringankan tuil klac apabila ditarik. Fungi anti-hopping pula mengelakkan roda belakang terkunci atau melompat-melompat apabila gear dianjak turun secara agresif.
- Apa yang membuatkan enjin ini berbeza daripada motosikal lain adalah posisi blok 'terbalik'. Bahagian masukan bahan api berada di depan, manakala ekzos di belakang. Posisi itu membolehkan pasukan jurutera BMW Motorrad meletakkan enjin lebih ke depan untuk memberikan karakter pengendalian lebih tangkas.
CIRI LAIN
- Ketiga-tiga model dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai standard.
- Semua lampu jenis LED. Lampu depan ada tiga mod suluhan, iaitu lampu rendah, lampu suluh tinggi, dan lampu siang (DRL).
HARGA
G310GS dan G310GS 40 Years Edition, dan G310R kini siap sedia ditayangkan di semua pusat pengedaran BMW Motorrad seluruh negara bermula 20 Ogos lalu. Semua wakil pengedar BMW kini kembali beroperasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dengan Pelan Pembiayaan ditawarkan BMW Group Financial Services Malaysia, G310GS, G310GS 40 Years Edition,dan G310R baharu boleh dimiliki pada harga ansuran bulanan RM490, RM520, dan RM460 berdasarkan anggaran ‘balloon financing’ bagi pinjaman 80 peratus dalam tempoh empat tahun.
pemilik juga boleh menikmati manfaat tambahan dengan rangkaian servis premium seperti Inklusif Minyak Enjin Premium, Inklusif Servis dan Program Lanjutan Waranti BMW Motorrad Malaysia. Maklumat lanjut mengenai program tersebut boleh layari >>> https://www.bmw-motorrad.com.my/en/service/warranty.html.
Berikut harga jualan tiga varian tersebut (harga adalah atas jalan, tanpa insurans, dengan waranti tiga tahun, termasuk program bantuan jelanan tiga tahun ditawarkan BMW Motorrad Malaysia):
- BMW G310R Baharu - RM27,500
- BMW G310GS Baharu - RM29,500
- BMW G310GS '40 Years Edition' Baharu - RM31,500
BACA >>> BMW M1000RR Lancar di Filipina, Harga RM255k!
BACA >>> Gymotor 250 - Kembar BMW S1000RR Versi Suku Liter dari China!
Leave a Reply