• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Petronas Tarik Diri daripada Sepang Racing Team (SRT)?

Petronas Tarik Diri daripada Sepang Racing Team (SRT)?

August 13, 2021 By Wahid Leave a Comment

752
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUNGKINKAH Petronas akan menarik diri daripada menaja Sepang Racing Team (SRT) tahun depan (2022)?

Menurut laporan portal Motorsport.com, SRT bersedia mengakhiri penglibatan dalam Moto2 dan Moto3 (dengan nama Sprinta Racing Team) dalam usaha mengekalkan pasukan itu dalam MotoGP. Yamaha pula dikatakan sedang dalam berbincang dengan Petronas untuk membekalkan dua jentera YZR-M1 'B-Spec' bagi musim 2022.

Pasukan MotoGP, Petronas Yamaha Sepang Racing Team (PYSRT) sepatutnya menjadi pasukan untuk mencungkil bakat baharu sebagai pelapis dalam kelas MotoGP untuk pasukan pengilang. Namun, senario itu menjadi sukar selepas Maverick Vinales memutuskan untuk menarik diri daripada Monster Energy Yamaha, manakala veteran Valentino Rossi mengumumkan persaraannya hujung musim ini.

BACA >>> Quartararo dan Vinales: Ini Masalah Sebenar Yamaha YZR-M1
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Motor Marquez Guna Dua Ekzos, Quartararo Pula Satu?

franco-morbidelli-petronas-srt-2
franco-morbidelli-petronas-srt

Monster Energy Yamaha dikatakan akan merekrut naik pelumba PYSRT, Franco Morbidelli sebagai pasangan kepada Fabio Quartararo, musim depan. Ini bermakna, PYSRT perlu mencari dua pelumba baharu.

Keadaan lebih mendesak apabila semua penunggang PSRT dalam kelas Moto2 dan Moto3 kurang menyengat musim ini dan berada jauh di belakang. Pelumba berbakat daripada kelas Moto2 pula sudah disambar pasukan lain.

Raul Fernandez misalnya, diikat pasukan KTM dan akan diserap dalam pasukan Tech3 KTM, manakala rakan sepasukan, Remi Gardner mengikat kontrak dengan KTM sejak awal lagi. Luca Marini pula  sepatutnya mengambil posisi Rossi dalam PYSRT, tetapi perlu mengikut Rossi melakukan debut dengan pasukan abangnya itu, VR46 Ducati.

Ini mungkin memaksa PYSRT mengangkat Darryn Binder terus ke kelas MotoGP tanpa melalui kelas Moto2.

Pasukan SRT mula mengambil bahagian dalam kejuaraan dunia motosikal Grand Prix sejak 2015 dalam kelas Moto3 sebelum berkembang ke kelas Moto2.

Penglibatan Petronas membawa pasukan itu ke dalam kelas MotoGP pada 2019 mula membukan mata banyak pemerhati menerusi kemunculan Fabio Quatararo yang tiba-tiba menyerlah. Quartararo dan Morbidelli memenangi 6 petak mula (pole position), dan meraih tujuh podium. Malah, dua pelumba itu melakukannya dengan menunggang jentera 'B-Spec'.

Kejayaan itu membawa kepada penggunakan jentera 'A-Spec' untuk Quartararo yang  dan Morbidelli pada tahun lalu. Hasilnya, Morbidelli menjadi naib juara tahun itu di bawah Joan Mir.

Apapun, kita harapkan perkembangan terbaik untuk pasukan SRT.

BACA >>> #MotoGP2020: Giliran Morbidelli Bawa Petronas Yamaha Jadi Juara, Rossi Kempunan
BACA >>> Rossi Geram dengan Zarco Sebab Sengaja 'Brek Depan Muka' Morbidelli

Related

752
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Petronas, Petronas SRT, Petronas Yamaha SRT, Sepang Racing Team (SRT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev