ADA beberapa faktor diambil kira sebelum seseorang membeli tayar baharu yang membabitkan aspek kualiti, kecantikan, prestasi dan harga.
Selain itu, ada jenis tayar yang perlu dipertimbangkan, seperti tayar premium, kelas ekonomi dan faktor lain. Persoalan itu sering timbul tanpa mengira segmen kenderaan dipandu sama ada kompak ataupun kenderaan utiliti sukan (SUV).
Ini membawa kepada persoalan, kenapa tayar ekonomi atau bajet memiliki jangka hayat atau lebih tahan lama berbanding tayar premium atau sport?
BACA >>> #TahukahAnda: Apa Keburukan Pakai Tayar Lebar Berbanding Tayar Standard?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Mesti Kena Pasang Penutup Tiub?
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Perkara Tentang Tayar Donat yang Anda Perlu Tahu
Di bawah ini adalah contoh tayar ekonomi Michelin (kiri: Energy XM2+) dan prestasi tinggi (kanan: Pilot Sport 4):
Tayar ekonomi menawarkan harga yang lebih mampu milik, iaitu lebih murah daripada produk tayar pertengahan dan premium. Biasanya, tayar ekonomi dihasilkan menggunakan kompaun berbeza daripada tayar premium atau sport.
Tayar ekonomi lazimnya dihasilkan daripada material kompaun getah keras (hard compound) berbanding tayar lebih mahal yang menggunakan kompaun lembut.
Kompaun keras digunakan untuk material tayar ekonomi bertujuan memanjangkan jangka hayat dan penggunaan tayar itu sendiri. Ini membolehkan tayar ekonomi menawarkan jarak perjalanan lebih tinggi daripada tayar premium atau prestasi tinggi.
Bagaimanapun, tayar ekonomi juga ada beberapa kelemahan jika hendak dibandingkan dengan tayar prestasi tinggi atau premium, iaitu:
- Tahap cengkaman lebih rendah.
- Keupayaan pecutan dan kecekapan membelok lebih rendah.
- Memerlukan jarak henti lebih jauh ketika membrek<.
Sebaliknya, kelemahan tayar premium adalah kadar haus lebih tinggi kerana mengandungi kompaun getah lembut selain harga yang lebih mahal.
BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
BACA >>> Perodua Ativa (2021) Tidak Guna Tayar SUV, Ini Sebabnya
Berbaloikah Beli Tayar Ekonomi?
Memang berbaloi, tetapi bergantung kepada beberapa situasi seperti tujuan kegunaan, cara pemanduan dan jenis kenderaan. Jarang kita akan berjumpa kereta sport seperti Honda Civic Type R dipasangkan tayar ekonomi.
Tayar ekonomi sesuai untuk pemanduan biasa dan sesuai digunakan di kawasan bandar kerana jarak pemanduan harian yang tidak terlalu jauh. Tayar sebegini juga mungkin sesuai untuk kereta kedua yang jarang dipandu.
Jika anda ada bajet lebih dan teringin hendak meningkatkan kecekapan tayar, termasuk meningkatkan tahap keselamatan memandu, memang lebih baik beli tayar prestasi. Apapun, janganlah memandu melebih had kemampuan tayar dan kereta anda.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Bukan Myvi, Tetapi Banyak Tayar Lori, Treler Tercabut?
BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Tayar Kereta Kekal Tip-Top? Ikut Tip Mudah Ini
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Jaga Tayar Kereta Supaya Tahan Lama
BACA >>> #TahukahAnda: 4 Sebab Kenapa Tayar Isi Nitrogen Lebih Baik, Tapi...
SUMBER: AutoDeal
Leave a Reply