PENGELUAR motosikal elektrik India, Komaki mencipta kelainan apabila melancarkan skuter elektrik tiga roda, XGT X5 yang disasarkan kepada golongan warga emas dan juga orang kelainan upaya (OKU) negara itu.
Skuter elektrik itu dijual pada harga asas bermula 72,500 rupee (RM4,120) dan ditawarkan dalam dua warna pilihan, merah dan kelabu. Setakat ini, 1,000 unit sudah pun dijual.
BACA >>> Yamaha Fokus Penuh Jualan Motosikal, Skuter Elektrik Bermula 2050
BACA >>> #ApaNakBuat: Motor Macam Mana Aku Nak Pilih Ni?
Berikut perincian XCT X5:
- Ada dua varian berbeza pek bateri, gel VRLA, berharga 72,500 rupee (RM4,120) dan litium-ion 90,500 rupee (RM5,150). Kedua-dua varian menawarkan jarak tunggangan hampir sama, iaitu 80km-90km setiap cas penuh.
- Menggunakan teknologi sistem brek kitaran tenaga untuk mengecas semula tenaga bateri.
- Menampilkan rekabentuk skuter moden setanding model Honda dan Yamaha dengan lampu utama pada panel dada depan dan lampu signal belok di panel kepala.
- Memiliki lantai letak kaki agak luas dengan pelana panjang dan tebal yang pasti selesa untuk penunggang dan pembonceng. Badan skuter dipenuhi banyak lekuk tajam dan bersegi.
- Ada butang diagnostik yang boleh digunakan untuk melakukan pemeriksaan sendiri, termasuk opysen baik pulih untuk menyelesaikan beberapa masalah.
- Cuma berkelajuan rendah dan penunggang tidak memerlukan lesen untuk menunggang skuter ini. Maklumat lain belum diumum lagi.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Motosikal Elektrik?
BACA >>> Kajian: Cas Lama Sangat, Pemilik Kereta Elektrik AS Guna Semula Petrol
SUMBER: Financialexpress | Facebook
Leave a Reply