• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: 3 Sebab Kenapa Cermin Kereta Perlu Kerap Dibersihkan

#TahukahAnda: 3 Sebab Kenapa Cermin Kereta Perlu Kerap Dibersihkan

August 4, 2021 By Shawkath Leave a Comment

249
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CERMIN (windscreen) adalah satu-satunya bahagian kereta yang membenarkan pemandu melihat apa yang sedang berlaku di depan, termasuk membolehkan kita memantau persekitaran semasa di sekeliling kenderaan.

Gangguan pada permukaan cermin boleh menjejaskan kualiti penglihatan ketika memandu selain faktor filem penapis terlampau gelap.

Antara faktor paling kerap berlaku pada semua kenderaan hampir setiap hari ialah kotoran melekat pada permukaan cermin seperti najis burung, habuk dan debu serta partikel sisa minyak.

BACA >>> #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
BACA >>> #ApaNakBuat: Kenapa Cermin Tingkap Kuasa Susah Naik-Turun? Periksa 3 Perkara Ini

Fenomena cermin mudah kotor agak subjektif dan bergantung kepada situasi trafik harian, lokasi kenderaan diparkir dan cuaca semasa. Apapun, anda perlu pastikan cermin depan sentiasa bersih dan selalu dibersihkan supaya:

1. Tahap Penglihatan Lebih Baik ketika Cuaca Buruk

  • Pemanduan dalam cuaca buruk seperti hujan lebat boleh menyebabkan kualiti penglihatan pemandu menurun dan meningkatkan risiko kemalangan.
  • Keadaan boleh jadi lebih buruk jika kondisi cermin depan memang sedia kotor. Cermin kabur akibat kotoran boleh mengehadkan jarak penglihatan, manakala kesan percikan lumpur atau najis burung pula mungkin menjadi titik buta yang menghalang penglihatan.
  • Cermin yang sentiasa bersih membantu pemandu melihat lebih baik ketika cuaca buruk, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan.
  • Bukan semua cermin kembali 'jernih' selepas dicuci. Anda perlu buat rawatan cermin untuk memulihkan kotoran atau kesan kabur yang ada.

BACA >>> #TahukahAnda: Apa Jadi Kalau Malas Cuci Motor Selepas Hujan

2. Cermin Tidak Mudah Rosak

  • Kotoran yang melekat pada permukaan kaca mungkin terdiri daripada pasir halus, debu dan partikel garam yang boleh menjejaskan cermin depan atau tingkap kenderaan. 
  • Sisa kotoran itu boleh mencalarkan permukaan kaca cermin hingga sukar dibaik pulih. Situasi begitu boleh melemahkan kekuatan struktur cermin.
  • Jika kesan calar dibiarkan, kerosakan lain yang berpotensi berlaku ialah cermin mudah retak jika terkena lantunan batu ketika memandu.
  • Apabila buat perapian, kenderaan anda akan menerima perlindungan tambahan lebih baik, termasuk memanjangkan hayat cermin.

BACA >>> #ApaNAkBuat: Bagaimanakah Cara Laras Cermin Sisi Motosikal dengan Betul?

3. Personaliti Diri

  • Mungkin ramai tidak sedar, kondisi kereta mencerminkan personaliti diri. Maksudnya, jika kereta kotor, boleh jadi pemandunya kurang disiplin dan bukan jenis pembersih. 
  • Persepsi seperti itu wujud kerana tanggapan negatif lebih mudah terbentuk dalam fikiran berbanding positif. 
  • Selain cuci kereta sendiri, anda disarankan menghantar kenderaan ke pusat perapian (detailing) setiap sebulan atau dua bulan sekali. Tujuannya, mengembalikan atau memulihkan kebersihan ke tahap terbaik.

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Cuci Kereta yang Betul
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Cuci Sportbike Supaya Kekal Anggun, Bersih

SUMBER: AutoDeal

Related

249
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, bahaya najis burung, Bersih Cermin Kereta, Cermin Kereta, Cermin kotor, penjagaan cermin kereta, tahukah anda, Tingkap Kereta, Windscreen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my