• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jalan Raya Magnetik - Pandu Saja Sudah Boleh Cas Bateri Kereta Elektrik

Jalan Raya Magnetik - Pandu Saja Sudah Boleh Cas Bateri Kereta Elektrik

August 3, 2021 By Shawkath Leave a Comment

460
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM ini, pemilik kereta elektrik perlu mengecas kenderaan mereka di rumah atau di stesen pengecas awam untuk tujuan sama. Kaedah mengecas pula masih sama seperti telefon mudah alih era 1990-an, iaitu pemilik perlu menyambungkan kabel pengecas dari soket kuasa ke kereta.

Bagaimanapun, trend itu bakal berubah kerana ramai pihak berusaha mencari penyelesaian lebih baik seperti konsep pengecasan tanpa wayar dan tempoh mengecas lebih pantas.

BACA >>> Kajian: Cas Lama Sangat, Pemilik Kereta Elektrik AS Guna Semula Petrol
BACA >>> Pencuri UK Sasar Tembaga dalam Kabel Pengecas Kereta Elektrik

Di Amerika Syarikat (AS), pihak pentadbir di negeri Indiana memulakan kerjasama dengan Universiti Purdue dah firma Jerman, Magment untuk membina laluan magnetik.

Kaedah itu membolehkan pemandu EV tidak perlu lagi berhenti dan menyambung kabel untuk mengecas kereta mereka di tempat awan.

Konsep yang cuba dijayakan itu adalah memandu sambil mengecas kereta atas laluan jalan raya magnetik. Jika idea itu terlaksanan, impak positif diberikan ialah:

  • Masalah kekurangan stesen pengecas EV dapat diatasi.
  • Mengurangkan pencemaran alam dan menjimatkan masa.
  • Memudahkan negara lain beralih dari kenderaan berasaskan trenkuasa elektrik-diesel kepada elektrik penuh.
  • Mengurangkan jenayah curi kabel pengecas dan tembaga.

Konsep Mengecas Magnetik

Magment menerusi laman web menjelaskan, jalan raya magnetik dibuat menggunakan simen dan partikel magnetik kitar semula sisa elektronik dipanggil ferit.

Firma Jerman itu percaya laluan magnetik memiliki kadar kecekapan pemindahan kuasa tanpa wayar hingga 95 peratus. Video bawah menunjukkan konsep mengecas tanpa wayar.

Jalan raya magnetik itu akan diuji pada musim panas nanti dan jika dapat memberikan penyelesaian positif melalui ujian makmal, Jabatan Pengangkutan Indiana (INDOT) akan membina laluan sepanjang 400 meter untuk mengecas trak elektrik 200kW ke atas.

Apabila ujian membabitkan trak elektrik menunjukkan keberkesanan, maka Indiana akan membina pula sebahagian laluan lebuh raya awam menggunakan konkrit magnetik.

BACA >>> Persatuan Pengeluar Automotif AS Bantah Haramkan Enjin Petrol
BACA >>> 8 Sebab Kenapa Motosikal Elektrik Lebih Baik daripada Motosikal Petrol?

SUMBER: InsideEV

Related

460
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: EV, Jabatan Pengangkutan Indiana (INDOT), Kenderaan Elektrik Bateri (BEV), Magment, Solusi cas bateri EV, Teknologi mengecas EV, Universiti Purdue

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my