MASIH ramai peminat di banyak negara (termasuk Malaysia) masih setia menunggu kehadiran sportbike suku liter empat dapur, Kawasaki Ninja ZX-25R.
Sebaliknya di Indonesia, sebagai negara terawal menerima model itu, kini sudah muncul versi diubah suai hasil sentuhan peminat modifikasi republik itu.
Terbaharu, salah seorang pemilik Ninja ZX-25, Muhammad Kharomain atau 'Arro Gantz' memutuskan mengubah suai sportbike miliknya itu menjadi sebuah cafe racer dengan menyerahkan kerja-kerja modifkasi kepada bengkel kustom Street Art Custom (SAC).
BACA >>> Stok Terhad, Tempahan Berduyun, Kawasaki Ninja ZX-25R Terpakai Cecah RM42k!
Arro berkata;
Motosikal diambil dari pihak pengedar Kawasaki dan saya hantar terus ke SAC, serahan dibuat di bengkel mereka. Memang awal dulu saya mahukan motosikal gaya cafe racer.”
“Anda boleh kata ini cuma modifikasi (luaran). Tapi komponen digunakan adalah alat ganti tulen yang sama. Malah posisi kedudukan pelana masih sama dan bukan seperti cafe racer sebenar. Ia masih motosikal (ZX-25R) normal. Jadi, modifikasi cuma gaya saja.”
BACA >>> Perbandingan: Honda CBR250RR vs Kawasaki Ninja ZX-25R, Model Mana Terpantas 0-100kmj?
Konsep modifikasi pilihan Arro ialah neo cafe racer atau cafe racer gaya moden dengan pembaharuan minimalis yang tidak keterlaluan. Dari depan, Ninja ZX-25R itu berubah wajah secara menyeluruh dan tidak lagi mempamerkan karakter garang.
Fairing juga nampak agak comel dengan penggunaan set lampu utama kembar bulat jenis LED. Visor angin asal masih digunakan.
Keseluruhan badan menggunakan skemawarna Green Candy dan Solid Black (hijau metalik hitam) dengan grafik garisan putih serta nombor 78 pada bahagian depan dan belakang motosikal.
BACA >>> Interviu: Kenapa Projek Kawasaki ZX-25R Dibangunkan Semula?
Beberapa komponen Ninja ZX-25R ditukar kepada unit gentian karbon seperti papan pemuka, sisi badan dan ekor belakang. Malah pelana motosikal mengetengahkan konsep karbon.
Lampu belakang ditempatkan dalam perumah berbentuk kotak baharu dan lampu kembar brek itu juga berfungsi sebagai lampu signal belok.
BACA >>> Kajian: Kenapa Ramai Pemandu Tak Guna Signal Belok?
Sistem ekzos asal dikustomkan kepada jenis kembar buatan Street Art Custom. Arro mendakwa tuner turut memasang peredam bunyi bagi mengurangkan kesan bunyi ekzos 'perang'.
Rim digunakan masih standard Ninja ZX-25R, tetapi dicat semula. Set tayar ditukar kepada jenis Battlax S22 120/70 (depan) dan 180/55 (belakang).
Tempoh mengubah suai sportbike tersebut menjadi cafe racer itu mengambil masa hampir lima bulan dengan kos perbelanjaan sekitar 40 juta rupiah (RM11,751).
BACA >>> Kawasaki Indonesia Lancar Ninja ZX-25R (2021), Tambah Dua Warna Baharu
BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Teknik Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?
SUMBER: Tempo |Instagram Arro
Leave a Reply