• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MB: Selangor Capai Imuniti Kelompok Kurang Sebulan Lagi

MB: Selangor Capai Imuniti Kelompok Kurang Sebulan Lagi

August 1, 2021 By Azhan O Leave a Comment

381
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELANGOR dijangka mencapai imuniti kelompok dalam masa kurang sebulan selepas menjalin kerjasama bersepadu antara Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan Program Vaksin Selangor (SelVAX) di bawah Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam kenyataan berkata, setakat hari ini, 65.5 peratus daripada orang dewasa di Selangor sudah menerima suntikan dos pertama.

BACA >>> Negeri Kadunia di Nigeria Akan Guna Dron untuk Hantar Vaksin Covid-19
BACA >>> Tak Ramai Mahu Ambil Vaksin, Moscow Tawar Kereta Percuma!

ppv-selangor-1
ppv-selangor-2

Menurutnya, berasaskan kapasiti setakat ini, Kerajaan Negeri yakin kerjasama bersepadu antara PICK dan tambahan program SelVAX dapat membawa warga Selangor mencapai imuniti kelompok dalam masa kurang sebulan. Sasaran imuniti kelompok dijangka dicapai apabila 80 peratus populasi dewasa divaksin.

Justeru, program percuma SelVAX Komuniti yang sedang berlangsung ketika ini akan diteruskan hingga 11 Ogos nanti sebagai antara strategi Kerajaan Negeri menampung dan mempercepat pelaksanaan PICK.

Beliau berkata, selain janji temu diterima menerusi MySejahtera dan SELangkah, pelaksanaan secara ‘walk-in’ turut dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tertentu bagi memudahkan proses vaksinasi.

Amirudin berkata lagi;

Pelaksanaan vaksinasi secara ‘walk-in’ berkuat kuasa 2 Ogos depan, tertakluk kepada jadual pelaksanaan di DUN melibatkan 12 pusat pemberian vaksin (PPV) yang mana setiap satunya akan diperuntukkan sebanyak 1,300 suntikan sehari.

“Diharap usaha ini akan memperlengkapkan Operasi Lonjakan Kapasiti yang sedang digerakkan di Greater Klang Valley,” katanya.

BACA>>> Ambil Vaksin Sudah Boleh 'Walk-In' Ogos Nanti di KL, Selangor dan Putrajaya
BACA>>> PBT Tiada Kuasa Tutup Kilang di Selangor, Itu Kuasa Kerajaan Persekutuan
BACA>>> RiDE: Selangor Tawar Subsidi Lesen untuk Anak Muda Jadi Penunggang e-Hailing

SUMBER: Bernama

Related

381
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Datuk Seri Amirudin Shari, PICK, PPV, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Program Vaksin Selangor (SelVAX), Program Vaksinasi, Vaksin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev