• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PBT Tiada Kuasa Tutup Kilang di Selangor, Itu Kuasa Kerajaan Persekutuan

PBT Tiada Kuasa Tutup Kilang di Selangor, Itu Kuasa Kerajaan Persekutuan

July 14, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PIHAK berkuasa tempatan (PBT) di Selangor TIADA kuasa menutup kilang untuk membendung penularan wabak Covid-19 kerana kuasa itu terletak di bawah Kerajaan Persekutuan.

Perkara itu dinyatakan Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri, Ng Sze Han yang memetik Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

BACA >>> Ini Senarai Pusat Pemeriksaan Puspakom Yang Beroperasi Di Negeri PKPD
BACA >>> Perodua Edar 10,000 Perisai Muka Buatan Sendiri Sekitar Hulu Selangor, Selayang

Akta 171 tidak menjelaskan tindakan PBT untuk mengarahkan kilang ditutup.

Menurutnya, walaupun seksyen itu dirujuk seakan memberi kuasa mutlak kepada PBT untuk membatalkan lesen, tindakan pembatalan perlu dibuat mengikut syarat serta parameter  tertera dalam lesen ketika dikeluarkan.

Tindakan itu bukan bersifat arbitrari dan boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya atau tanpa asas.

Ng Sze Han berkata;

Lesen pengoperasian kilang dikeluarkan PBT adalah sebagaimana tertakluk di bawah Akta 171 sahaja.

“Ia tidak melibatkan hal ehwal kesihatan berkenaan pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit yang mana undang-undang kesihatan berkenaan hal itu dikuatkuasakan Kerajaan Persekutuan melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)."

Beliau berkata lagi, PBT tiada kuasa menutup kilang walaupun Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan sudah meminda Seksyen 2(1) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) Pindaan 2021 pada 3 Mac lalu.

“Pindaan itu dibuat bagi membolehkan pegawai kesihatan persekitaran di PBT membantu menjalankan penguatkuasaan SOP dan arahan kerajaan persekutuan,” katanya.

BACA >>> 15 PBT Malaysia Bakal Capai Status Bandar Neutral Karbon Menjelang 2050
BACA >>> KWSP, Elya Jawab Soalan Anda Tentang Pengeluaran i-Citra

SUMBER: Bernama

Artikel Berkaitan

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Seri Dr Adham Baba, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Ng Sze Han, Tutup kilang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my