• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Edar 10,000 Perisai Muka Buatan Sendiri Sekitar Hulu Selangor, Selayang

Perodua Edar 10,000 Perisai Muka Buatan Sendiri Sekitar Hulu Selangor, Selayang

July 30, 2020 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


PANDEMIK Covid-19 masih belum berakhir dan kita semua masih belum menang. Atas dasar tanggungjawab sosial korporat (CSR), Perodua mengambil inisiatif mengedarkan 10,000 perisai muka (face shield) di daerah Hulu Selangor dan perbandaran Selayang.

Antara penerima perisai muka di Hulu Selangor adalah Pejabat Kesihatan Daerah, klinik komuniti dan pergigian, penguat kuasa Jabatan Perlesenan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan penjaja pasar pagi dan malam.

BACA >>> Kerajaan Mansuh Program Subsidi Petrol (PSP) untuk Pemilik Kenderaan

Perisai muka turut diserahkan kepada Jabatan Perlesenan dan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), dan melalui mereka kepada penjaja di kawasan tersebut.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sumbangan Perodua itu adalah tanda penghargaan kepada masyarakat sekeliling yang menyokong jenama itu sejak 27 tahun di pasaran Malaysia.

“Sebagai syarikat yang mengutamakan insan dan entiti korporat bertanggungjawab, Perodua amat mengambil berat tentang keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat umum ketika pandemik  ini. Sumbangan kami setakat ini mencecah 21,000 perisai muka.

"Kami harap perisai muka ini akan sentiasa dipakai mereka yang bertugas dengan berani setiap hari untuk terus memberikan perkhidmatan, rawatan dan keperluan harian kepada kita semua,” katanya.

Perodua bulan lalu menyumbang kira-kira 11,000 perisai muka kepada sekolah menengah di Putrajaya dan Hulu Selangor. Pelitup muka itu mempunyai bahagian pelindung tahan kabus yang dibuat daripada polietilena tereftalat (polyethylene terephthalate, PET) untuk penglihatan optimum. Kusyen span pada bahagian dahi mampu menghalang titisan air mencelah masuk.

BACA >>> CEO Perodua: Kit Badan Myvi S-Edition di Brunei Bukan Perodua Punya!
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Brek Cakera di Depan, Tapi Brek Dram di Belakang?

GALERI
Perodua Edar Topeng Pelindung Muka_2
Perodua Edar Topeng Pelindung Muka_1
Perodua Edar Topeng Pelindung Muka_3
Perodua Edar Topeng Pelindung Muka_4
Perodua Edar Topeng Pelindung Muka_5
Perodua Edar Topeng Pelindung Muka_6
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Covid-19, CSR, Datuk Zainal Abidin Ahmad, Face Shield, Operasi Covid-19, Pelitup Muka, Perisai Muka, Perodua, Sumbangan CSR, Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), topeng pelindung muka

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my