• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ambil Vaksin Sudah Boleh 'Walk-In' Ogos Nanti di KL, Selangor dan Putrajaya

Ambil Vaksin Sudah Boleh 'Walk-In' Ogos Nanti di KL, Selangor dan Putrajaya

July 26, 2021 By Azhan O Leave a Comment

356
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIDAK perlu lagi mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera, Kerajaan hari ini mengesahkan semua penduduk dewasa berusia 18 tahun ke atas di ibu negara, Selangor dan Putrajaya yang masih belum menerima janji temu, boleh mendapatkan vaksin Covid-19 secara 'walk in' selepas Operasi Lonjakan Kapasiti berakhir 1 Ogos ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, pusat pemberian vaksin (PPV) yang  dibuka untuk kemudahan terbabit akan diumumkan tidak lama lagi.

"Selepas Operasi Lonjakan Kapasiti tamat 1 Ogos ini, penduduk dewasa berusia 18 tahun ke atas yang belum terima janji temu, akan dibenarkan mendapatkan vaksinasi secara 'walk in.'

"Kita akan umumkan PPV yang akan dibuka untuk kemudahan 'walk in' di Kuala Lumpur dan Selangor tidak lama lagi," katanya dalam sidang media mingguan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF), Jumaat lalu yang turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

BACA >>> Kenderaan Jabatan Kesihatan Bawa Vaksin Covid-19 Terbabas Langgar Babi Hutan
BACA >>> Penduduk di Kawasan PKPD Boleh keluar Ambil Vaksin Jika Ada Janji Temu

Mengulas Operasi Lonjakan Kapasiti, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, sebanyak 432,843 dos suntikan sudah diberikan dalam tempoh dua hari bermula kelmarin dengan 293,100 daripadanya membabitkan dos pertama.

Katanya, setakat semalam, 71.9 peratus penduduk dewasa 18 tahun ke atas di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Menurut Khairy lagi, operasi lonjakan kapasiti bermula 21 Julai lalu hingga 1 Ogos ini dengan sasaran suntikan 211,000 sehingga 275,000 dos setiap hari kepada penduduk di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Berdasarkan kadar suntikan itu, sasaran keseluruhan untuk memberikan sekurang-kurangnya satu dos kepada semua penduduk dewasa di Lembah Klang akan terlaksanan sebelum atau pada 1 Ogos ini.

BACA >>> Tak Ramai Mahu Ambil Vaksin, Moscow Tawar Kereta Percuma!
BACA >>> Negeri Kadunia di Nigeria Akan Guna Dron untuk Hantar Vaksin Covid-19

SUMBER: HMetro

Artikel Berkaitan

356
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Khairy Jamaluddin, PPV, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Vaksin, Vaksin Covid-19, Vaksinasi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Video Hujan dalam Kabin Pesawat Air India
    Video Hujan dalam Kabin Pesawat Air India
  • JPJ Keluar Lebih 122k Saman Tidak Sampai Sebulan
    JPJ Keluar Lebih 122k Saman Tidak Sampai Sebulan
  • Gagal Lari SJR, Polis Tahan Dua Lelaki Naik Kapcai 'Hilang'
    Gagal Lari SJR, Polis Tahan Dua Lelaki Naik Kapcai 'Hilang'
  • Supermoped Modenas-Kawasaki Ada di Eropah, Ada Dua Kapasiti Enjin?
    Supermoped Modenas-Kawasaki Ada di Eropah, Ada Dua Kapasiti Enjin?

PANDU UJI

#PanduUji: Audi RS e-tron GT yang Fiil Tak Macam Bawa EV!

AUDI Malaysia bulan lalu mengadakan sesi pandu uji model elektrik Audi … [Baca Lagi...]

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my