• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mazda Miata (MX-5) - Pemilik Buktikan Kereta Sport Jepun Mampu Redah Laluan 4x4

Mazda Miata (MX-5) - Pemilik Buktikan Kereta Sport Jepun Mampu Redah Laluan 4x4

July 30, 2021 By Shawkath Leave a Comment

489
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEORANG pemilik Mazda Miata (MX-5) mengejutkan ramai peminat permotoran apabila memandu kereta sport itu mendaki laluan trail mencabar di Amerika Syarikat.

Joel Gat berkongsi sejumlah foto menunjukkan kereta sport Jepun itu mengharung trek mainan kenderan pacuan empat roda serta mendaki permukaan batu di Imogene Pass, Colorado.

Perlu ditekankan bahawa Miata itu tidak dipandu ke puncak tetapi sehingga kawasan penginapan pengunjung atau pelancong di lokasi tersebut iaitu Mount Hayden Backcountry Lodge.

BACA >>> Demi Peminat, Mazda Hasilkan Semula Komponen MX-5 Mk1

Biarpun begitu, pencapaian sebuah Miata bermain laluan Ford Bronco atau Jeep Wrangler itu agak mengkagumkan.
Mazda Miata itu sudah ditukar rim dan tayar baharu dan beberapa komponen pada badan kereta itu ditanggal untuk memudahkan pendakian.

Menurut temuramah Gat dan Grassroots Motorsports, dia menyatakan beberapa komponen ditanggal ialah skirt sisi, memotong fender tepi dan meluaskan ruang untuk tayar (wheel well) dan menggunakan karpet lantai Weathertech.

Sistem suspensi masih stok standard dan tiada kit atau komponen meninggikan kereta digunakan. Ketinggian ditambah dengan penggunaan tayar Falkan 27 inci untuk menambah cengkaman pendakian.

Gat berkata:

“Saya biasa menyertai banyak acara di kawasan pergunungan dan trail dan saya sebenarnya lebih gemar memandu sesuatu yang lebih menyeronokkan.

“Apa gunanya sebuah Miata yang memberi sehingga 90 peratus keseronokan sepanjang perjalanan tetapi tidak terdaya menyudahkan baki 10 peratus terakhir (kepuasan)?”

BACA >>> #RetroAuto: Mazda Miata - Roadster Popular Unik Lebih Tiga Dekad
BACA >>> Mazda MX-5 Miata Edisi Khas yang Serba Eksklusif Sempena Aniversari ke-30
BACA >>> 8 Kereta Konsep Rotari Terbaik Pernah Dihasilkan Mazda
BACA >>> Mazda MX-5 RF (2019) Versi Kemas Kini Sudah Ada di Malaysia, Harga Bermula RM259k

SUMBER: TheDrive

Related

489
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Colorado, Imogene Pass, Mazda Miata, Mazda MX-5, Mount Hayden Backcountry Lodge, Weathertech

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my