• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Skuter GPX Drone 4V (2022) Lancar di Thailand, Harga Mula RM8.8k!

Skuter GPX Drone 4V (2022) Lancar di Thailand, Harga Mula RM8.8k!

July 27, 2021 By Shawkath Leave a Comment

367
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GPX Thailand tidak mengambil masa lama untuk memperkenalkan siri skuter Drone versi dipertingkat, dipanggil Drone 4V (2022) dengan menerima penambahbaikan mekanikal dan pilihan warna baharu.

Sebenarnya, Drone sudah menjengah pasaran Thailand hujung tahun lalu dengan mendapat sambutan luar biasa walaupun berstatus skuter premium. Berikut pembaharuan edisi 2022:

GPX Drone 4V 2022 - 1
GPX Drone 4V 2022 - 2

WARNA

  • Ada lima warna pilihan menarik untuk tiga varian Drone 4V di Thailand iaitu:
    • Standard: Jet Black (hitam merah)
    • Keyless: Urban White (putih), Energetic Red (merah) dan Vibe Orange (jingga)
    • Keyless Special: Midnight Blue (biru)
Keyless
Keyless
Keyless
Keyless
Keyless
Keyless
Keyless Special
Keyless Special
Standard
Standard

HARGA

    • Standard - 68,900 baht (RM8,860)
    • Keyless - 72,800 baht (RM9,360)
    • Keyless Special - 73,800 baht (RM9,480)
  • Model Standard menggunakan kunci konvensional, manakala versi Keyless dilengkapi sistem kunci kawalan jauh. Varian Keyless Special pula sama seperti varian Keyless, tetapi diberikan tambahan sistem penggera. 

TRENKUASA

Drone Enjine
Enjin GPX DRONE 4V
  • Trenkuasa baharu iaitu 4-lejang 4-injap silinder tunggal 149.6cc SOHC penyejukan dengan teknologi suntikan bahan api (FI). Sebelum ini, trenkuasa cuma 2-injap.
  • Perubahan mekanikal itu menambah baik output kuasa dan tork, tetapi tiada data dikongsikan. GPX cuma mendedahkan trenkuasa baharu itu menawarkan tambahan 16 peratus penjimatan petrol, manakala enjin kini lebih mudah dihidupkan (28 peratus) berbanding model terdahulu.

REKABENTUK

  • Aspek rekabentuk kekal seperti model generasi terdahulu dengan sistem lampu LED penuh di depan da belakang, termasuk lampu siang (DRL).
  • Skuter ini memiliki berat bersih 140kg dan enjin dipacu sistem tali sawat untuk menggerakkan roda belakang.
  • Panel meter kekal jenis LCD horizontal dengan paparan digital. Kapasiti bawah pelana 18 liter.
  • Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan absorber kembar boleh laras 3-tetapan di belakang. Tinggi pelana 780mm.
Komponen GPX Drone 4v - 2
Komponen GPX Drone 4v - 3
Komponen GPX Drone 4v - 4
Komponen GPX Drone 4v - 5
  • Bahagian roda dipasangkan rim aluminium 14 inci yang dibalut tayar 100/90 di depan dan 110/80 (belakang). Kapasiti tangki minyak masih 7.5 liter. 
  • Sistem henti diserahkan kepada brek cakera 260mm di depan dan 220mm di belakang yang turut dilengkapi sistem brek gabung CBS (Combined Braking System).
  • Sistem henti ialah brek cakera 260mm di depan dan 220mm (belakang), dengan brek belakang dilengkapi sistem brek gabung CBS (Combined Braking System). 
  • Setiap pembelian diberikan waranti 3 tahun atau jarak perbatuan 30,000km (mana satu tiba dulu).

BACA >>> MForce Perkenal Dua Varian SYM Jet X 150 (2021), Harga Mula RM8.8k!
BACA >>> GPX Lancar Drone (2020), Skuter Pertama Kolaborasi dengan SYM
BACA >>> Perbandingan: SYM Jet X 150 vs Honda Vario 150 vs Yamaha NVX 155 VVA
BACA >>> #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?

SUMBER: GPX Thailand

Related

367
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: GPX Drone 4V (2022), GPX Drone 4V Facelift 2022, GPX Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev