• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?

#Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?

April 15, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBUAH skuter baharu dikesan sedang diuji di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat kawasan Bukit Merah baru-baru ini. Jika diteliti pada bentuk badannya, nampak macam skuter SYM Jet X 150 (atau GPX Drone di Thailand).

Sebelum ini, penulis ada melaporkan mengenai kemunculan Drone (2020) di Thailand, iaitu model skuter kerjasama GPX dengan pengeluar motosikal Taiwan, SYM.

BACA >>> GPX Lancar Drone (2020), Skuter Pertama Kolaborasi dengan SYM

Walaupun skuter kelabu kebiruan itu ditutup seragam kamoflaj, tetapi ada beberapa perincian dikesan yang didapati sama seperti model Drone Thailand. Antaranya rim aloi hitam, set brek cakera pada kedua-dua roda, dwi-absorber di belakang, visor angin, pelana dengan aksen merah dan pelapik mufler sama.

Rekabentuk dua skuter itu (lihat foto atas) juga nampak mirip. Apapun kami belum ada maklumat rasmi untuk mengesahkan Jet X ialah 100 peratus sama seperti Drone. Mungkin juga MForce Bike ada membuat talaan atau pembaharuan lain.

Mengenai trenkuasa, Drone dijana enjin 4-lejang 2-injap silinder tunggal 149.6cc dengan sistem penyejukan cecair dan teknologi suntikan bahan api (FI). Transmisi digunakan jenis CVT, manakala output kuasa dan tork tidak dikongsi GPX Thailand.

sym-jet-x-150-tailight
Hands

Drone Thailand juga dipasangkan lampu LED penuh di depan dan belakang, berserta lampu siang (DRL) huruf Y terbalik. Sistem henti menggunakan brek cakera dengan teknologi brek gabung CBS (Combined Braking System).

Jika MForce Bike tidak mengubah apa-apa spesifikasi seperti Drone Thailand, pengguna Malaysia bakal ada pilihan skuter moden baharu selain produk Jepun. Agak-agak berapa harganya?

BACA >>> MForce Lancar Skuter 250cc WMoto RT3, Harga RM15k
BACA >>> Mforce Bike Holdings Pengedar Baharu Benelli Di Malaysia - Bakal Lancar Beberapa Model Tahun Ini

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: GPX Drone, MForce Bike, roda2, skuter, Spyshot SYM Jet X 150, SYM Jet X 150

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Perodua Terima Tempahan Kenderaan Lebih 25k Dalam Tempoh Sehari!
    Perodua Terima Tempahan Kenderaan Lebih 25k Dalam Tempoh Sehari!
  • Penunggang Bawah 400cc Mula Guna Lebuhraya CCLEX di Filipina, Tol RM4.80
    Penunggang Bawah 400cc Mula Guna Lebuhraya CCLEX di Filipina, Tol RM4.80
  • 34 Motosikal Rosak Terbakar di PPR Kg Muhibbah, Polis Syak Unsur Khianat
    34 Motosikal Rosak Terbakar di PPR Kg Muhibbah, Polis Syak Unsur Khianat
  • Proton Perkenal Kilang Pemasangan Enjin 1.5 TGDI untuk Model Baharu di Tanjung Malim
    Proton Perkenal Kilang Pemasangan Enjin 1.5 TGDI untuk Model Baharu di Tanjung Malim

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my