• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kymco Lancar Skuter Like 150 S Di Australia, Harga RM15k!

Kymco Lancar Skuter Like 150 S Di Australia, Harga RM15k!

July 26, 2021 By Shawkath Leave a Comment

141
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENGELUAR skuter Taiwan, Kymco meluaskan siri model Like di Australia dengan melancarkan model Like 150 S, berharga A$4,990 (RM15,491).

Desain skuter retro dengan gaya sporty itu sebenarnya nampak hampir sama dengan model Like 150 R tetapi Kymco tetap memberi sentuhan untuk membezakan kedua-dua varian. Berikut ialah perinciannya:

  • Trenkuasa jenis silinder tunggal SOHC 4-lejang 4-injap 149.8cc dengan sistem penyejukan udara dan teknologi pancitan bahan api, menghasilkan 13.3hp @ 8,500rpm. Transmisi digunakan ialah CVT automatik.
  • Warna pilihan disediakan cuma satu iaitu oren.
  • Like 150 S menggunakan frem terbaharu dan naik taraf Kymco dengan tangki minyak 7 liter beralih kedudukan. Pembaharuan itu merendahkan titik graviti dan mengurangkan berat sehingga 5kg berbanding Like 150 R.
  • Like 150 S menerima panel depan lebih kemas, lampu depan lebih nipis dan bar pemegang baharu. Ada tambahan ventilator angin pada panel depan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Patut Nyalakan Lampu Signal Belok di Bulatan?

  • Tambahan lain ialah penutup mufler baharu serta aksen hitam dikenakan pada paip ekzos, ventilator angin depan, pelindung lampu utama dan fork. Cermin sisi masih dua tona krom perak seperti Like 150 R.
  • Menggunakan set lampu LED dengan sudut pancaran depan lebih luas ketika tunggangan malam. Ruang simpan bawah pelana boleh memuatkan satu topi keledar muka penuh.
  • Sistem suspensi membabitkan fork konvensional (depan) dan set absober berkembar pada bahagian belakang, boleh laras tiga tahap.
  • Rim aloi 12 inci dibalut tayar 110/70 (depan) dan 130/70 (belakang). Sistem henti pula membabitkan brek cakera tunggal 220mm pada kedua-dua roda dengan teknologi Sistem Brek Anti-Kunci dwisaluran Bosch.
  • Skuter seberat 115kg dengan pelana setinggi 790mm itu diberikan jaminan pengilang selama tiga tahun bersyarat. Ia bermaksud waranti dua tahun standard dan tambahan setahun lagi jika pemilik secara ekslusif mendapatkan servis daripada pengedar rasmi.

BACA >>> Felo FW-06 (2021) - Skuter Elektrik China Gaya Sport Hasil Kerjasama Kymco
BACA >>> WMoto Xtreme 150i (2021) - Skuter Advencer Moden, Ada Fork USD, Harga Bawah RM10k!
BACA >>> Piaggio Lancar 3 Vespa Edisi Khas Sempena Aniversari ke-75, Dapat Beg, Skaf Sutera
BACA >>> Perbandingan: SYM Jet X 150 vs Honda Vario 150 vs Yamaha NVX 155 VVA
BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Mudah Pilih Tayar Tiubles untuk Skuter

SUMBER: Kymco

Related

141
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kymco, Kymco Like 150 S (2021), Like 150 R, roda2, Skuter 150cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my