• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / CFMoto 250SR Lancar di China dengan Seragam Lumba Baharu, Harga Kekal RM14k!

CFMoto 250SR Lancar di China dengan Seragam Lumba Baharu, Harga Kekal RM14k!

July 22, 2021 By Shawkath Leave a Comment

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

FOTO model sportbika asas popular CFMoto 250SR dengan skema warna badan lebih segar sudah tular di Internet sejak dua hari lalu. Koleksi foto itu dirakamkan di hab pengedaran atau kilang pembuatan di China.

Berdasarkan laporan, skema warna biru-jingga itu dinamakan Flame Orange yang mengambil ilham rekabentuk varian edisi terhad sebelum ini. Harga motosikal kekal sama, 21,680 yuan (RM14,170).

BACA >>> #EICMA2019: CFMoto 300 SR dan 300NK, Sportbike Alternatif Sentuhan Firma Eropah!

CFMoto ada menawarkan satu warna pilihan menarik iaitu biru-hijau untuk versi edisi terhad yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia tahun lalu.

Namun, skema warna terbaharu itu lebih bercirikan jentera lumba berbanding gaya motosikal premium (skema biru-hijau). Selain itu, jenama penaja lebih banyak dipapar pada versi jingga-biru.

BACA >>>CFMoto Siar Video Acah 250SR dengan Ekzos Akrapovic, Kaliper Brembo dan Fork USD!

Malah ada beberapa panel badan memaparkan rekaan corak gentian karbon, termasuk pada sisi fairing depan dan juga panel tangki minyak.

Aspek mekanikal masih sama seperti sebelum ini iaitu trenkuasa silinder tunggal 249.2cc penyejukan cecair berkuasa 27.5hp dan tork 22Nm. Transmisi digunakan klac manual 6-kelajuan.

Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) emas di depan dan monoshock di belakang yang kedua-duanya jenama KYB. Komponen premium dikekalkan seperti set lampu LED penuh, dan kluster instrumen meter TFT digitak dengan konektiviti Bluetooth.

BACA >>> CFMoto 300SR (2021) Lancar di Filipina dengan Warna Baharu, Harga RM13.9k
BACA >>> QJMOTOR R250 (2021) - Sportbike 250cc Swingarm Sebelah, Harga Cuma RM12k!
BACA >>> 5 Sportbike 250cc Terbaik 2020 Pilihan ArenaPermotoran

SUMBER: BikeDekho

Related

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 250cc, cfmoto, CFMoto 250SR, roda2, Sport 250cc, Sportbike CFMoto, Sportbike Roda2, Suku Liter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my