SUZUKI Motorcycle India terpaksa menghentikan sementara penerimaan tempahan untuk model Hayabusa baharu si negara itu kerana jualan terlalu laris.
keputusan dibuat selepas semua unit yang diperuntukkan menerusi kiriman pertama dan kedua habis ditempah dalam tempoh singkat. Kiriman pertama membabitkan 101 unit generasi ketiga Hayabusa habis dijual dalam masa tiga hari.
Peruntukan kedua pula membabitkan tambahan 101 unit lagi, juga habis ditempah dalam masa sejam. Bekalan motosikal itu akan dikirim bermula bulan depan.
BACA >>> Suzuki Hayabusa (2021) Lancar di India, Harga Mula RM90k!
BACA >>> #RetroAuto: Suzuki Hayabusa - Satu Perjalanan Hidup Legenda Superbike Terpantas
Jualan luar biasa dalam tempoh singkat itu sudah dijangka memandangkan Suzuki India membuka tempahan awal dengan bayaran deposit.
Tindakan menggantung pengambilan tempahan itu dipercayai akan dibatalkan dalam tempoh beberapa bulan lagi iaitu apabila kiriman ketiga Hayabusa dapat disahkan.
Mengenai Hayabusi versi India:
- Masih mengekalkan DNA rekabentuk terdahulu dengan trenkuasa dan teknologi dipertingkat. Harga jualan 16.40 lakh (RM90,350).
BACA >>> Suzuki Hayabusa (2022) Lancar di Filipina, Harga RM92.9k!
BACA >>> #RetroAuto: Tentang Hayabusa, Syarat Emisi dan Pakatan Sulit Hadkan Halaju Superbike
- Ada tiga pilihan warna dwi-tona, iaitu Glass Sparkle Black/Candy Burnt Gold (hitam emas), Metallic Matte Sword Silver/Candy Daring Red (perak merah) dan Pearl Brilliant White/Metallic Matte Stellar Blue (putih biru).
- Menggunakan trenkuasa 4-silinder sebaris 1,340cc DOHC dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 187hp @ 9,700rpm dan tork 150Nm @ 7,000rpm.
- Transmisi jenis manual 6-kelajuan dengan kelajuan maksimum dihadkan hingga 290kmj.
BACA >>> Suzuki Hayabusa, Yamaha YZF-R6 Pula Dijumpai Tersadai di India
BACA >>> Pengeluar Itali Tamatkan Perang Hadkan Halaju Motosikal Selepas Era Hayabusa
BACA >>> Tiga Hari Saja Suzuki Hayabusa (2021) Edisi Terhad Habis Ditempah!
SUMBER: Timesnownews
Leave a Reply