• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Mob-ion TGT - Skuter Elektrik Hidrogen Boleh Tunggang Hingga 400km

Mob-ion TGT - Skuter Elektrik Hidrogen Boleh Tunggang Hingga 400km

July 19, 2021 By Shawkath Leave a Comment

191
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SOAL jarak menjadi kebimbangan ramai individu apabila ditanya tentang pilihan untuk beralih kepada motosikal elektrik. Memang ada kereta elektrik mampu capai jarak pemanduan 650km tetapi bagi motosikal elektrik, ia agak ketinggalan.

Syarikat inovasi dan desain elektrik Perancis, Mob-ion mengetengahkan satu idea baharu untuk merapatkan jurang kereta dan motosikal elektrik berhubung soal jarak iaitu trenkuasa elektrik-hidrogen.

Sistem itu dipasang pada model skuter TGT dan prototaip itu sudah dipamerkan pada bulan lalu. Produk itu adalah hasil kerjasama dengan firma tenaga STOR-H.

Model itu dibangun dengan menggunakan skuter elektrik AM1 sebagai produk platform asas dan disambung dengan teknologi sel hidrogen STOR-H.

Ada dua pilihan skuter Mob-ion TGT iaitu berkuasa 3kW (4hp) dan 6 kW (8hp).  Pelanggan juga ada dua pilihan bateri iaitu 10kWh litium besi fosfat (LFP) atau 16kWh nikel / mangan / kobalt (NMC).

  • Bateri LFP menawarkan jarak tunggangan sejauh 150km dengan trenkuasa 6kW atau 250km (3kW).
  • NMC pula membolehkan perjalanan sejauh 250km dengan 6kW atau 400km dengan motor lebih kecil.

Skuter itu akan dihasilkan di Perancis dan dijual ke pasaran menjelang akhir tahun ini. Berikut ialah harganya:

  • TGT LFP : 5,800 euro (RM28,886)
  • TGT NMC : 9,800 euro (RM48,807)

Jaminan untuk bateri ditawarkan ialah empat hingga lapan tahun. Mob-ion TGT dilihat sebagai skuter baik untuk khidmat kurier dan disertakan bersama sistem pengesan kemalangan dan sistem navigasi.

BACA >>> Sportbike Elektrik Pertama Benelli Debut di China, QJ7000D Bakal Jadi Penanda Aras?
BACA >>> Tidak Boleh Cas EV Sambil Jerang Air, Pesan Firma Elektrik UK
BACA >>> Kereta Hyundai, Kia Guna Teknologi Bumbung Solar untuk Cas Elektrik Menjelang 2020
BACA >>> Jika Terlanggar Tiang Elektrik, Lebih Baik Jangan Keluar Kereta

SUMBER: GPOne

Related

191
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Mob-ion, Mob-ion TGT, skuter elektrik hidrogen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my