• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tidak Boleh Cas EV Sambil Jerang Air, Pesan Firma Elektrik UK

Tidak Boleh Cas EV Sambil Jerang Air, Pesan Firma Elektrik UK

August 22, 2017 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


UNIT cas kenderaan elektrik (EV) berisiko menyebabkan fius utama kediaman meletup sekiranya digunakan bersama perkakasan elektrik berkuasa tinggi. Ini bermakna pemilik EV mungkin tidak boleh mengecas kereta mereka di rumah dan pada masa sama melakukan aktiviti rutin tertentu seperti menjerang air menggunakan cerek elektrik.

Amaran dikeluarkan National Grid itu turut menyatakan, penggunaan pengecas pantas yang dipasang di rumah untuk mengurangkan masa mengecas boleh menyebabkan fius utama terputus jika digunakan serentak dengan barangan letrik berkuasa tinggi seperti cerek elektrik, ketuhar dan pemanas rendam.

BACA >>> 6 Kereta Elektrik Mengecas Serentak Mampu Buatkan Britain Kurang Tenaga Letrik - Ini Bukan Teori Konspirasi

BEBAN KUASA MELAMPAU

Kebanyakan rumah menggunakan fius utama berkapasiti 60-80 ampere, manakala kuasa cas EV 11kW memerlukan tenaga 48 ampere. Jadi, sebarang penggunaan perkakasan 13A sudah cukup menyebabkan beban kuasa melampau.

Dalam laporan berhubung cabaran pemilikan EV di Britain, National Grid mendakwa keupayaan tenaga elektrik rumah ialah titik utama untuk pengguna yang mahu mengecas EV sepenuhnya di rumah mereka. Jadi, satu kompromi diperlukan antara kelajuan mengecas EV dan kapasiti perkakasan elektrik di rumah yang memerlukan pengguna membuat keputusan terbaik.

Pengasas syarikat pengecasan Britain, Pod Point, Erik Fairbairn berkata kepada Financial Times, pengecas 32A 7kW sudah cukup berkuasa bagi keperluan mengecas di rumah kerana pemandu EV jarang mengalami situasi bateri cepat luput (drain) untuk pemanduan harian.

BACA >>> Renault Guna Semula Bateri Kenderaan Elektrik (EV) Tamat Tempoh untuk Aplikasi Rumah

Menurutnya, hanya 5 peratus kediaman di Britain mampu menampung pengecas untuk kuasa lebih 7kW.

National Grid menganggarkan unit 7kW mampu mengecas EV jarak jauh seperti Jaguar i-Pace daripada 25 kepada 100 peratus dalam masa 10 jam. EV lebih kecil pula, yang menggunakan unit 3.5kW, memerlukan masa mengecas 19 jam.

Di Britain, Kerajaan negara itu memberikan dana berjumlah £500 (RM2,744) kepada mana-mana pemilik EV yang mahu memasang unit pengecasan elektrik pantas di rumah mereka untuk EV. Apakah Kerajaan Malaysia juga akan mengikuti jejak langkah sama suatu masa nanti?

SUMBER: Auto Express

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: auto terkini, EV, Kenderaan Elektrik (EV), National Grid, unit cas EV rumah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my