• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki Kemas Semua Model Sedan Ciaz di Filipina, Masih Guna Kotak Gear Manual

Suzuki Kemas Semua Model Sedan Ciaz di Filipina, Masih Guna Kotak Gear Manual

July 8, 2021 By Shawkath Leave a Comment

166
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SUZUKI Filipina mengambil inisiatif untuk memperkenalkan model Ciaz versi dipertingkat yang menyaksikan kemas kini desain dan tambah baik prestasi pemanduan.

Ciaz ialah sedan paling besar Suzuki di Filipina dan model facelift 2021 hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Mineral Gray Metallic (kelabu), Pure White Pearl (putih) dan Super Black Pearl (hitam). Berikut ialah perinciannya:

BACA >>> Suzuki Bangunkan Sistem VVT Elektro-Hidraulik yang Lebih Versatil

Suzuki Ciaz FL
Suzuki Ciaz FL 2
  • Harga baharu untuk model Ciaz versi dipertingkat ialah 888,000 peso (RM74,252) iaitu lebih mahal 45,000 peso (RM3,763) berbanding model sebelum ini. Harga Suzuki Ciaz 1.4 liter Manual terdahulu ialah 823,000 peso (RM68,833).
  • Trenkuasa sama seperti sebelum ini iaitu 4-silinder DOHC dengan VVT 1.4 liter dengan sistem penyampaian bahan api multi poin, menghasilkan 92hp @ 6,000rpm dan tork 130Nm @ 4,000rpm. Transmisi masih klac manual 5-kelajuan.

BACA >>> #TahukahAnda: 3 Punca Klac Manual Cepat Rosak, Tetapi Pemandu Jarang Perasan

Suzuki Ciaz FL 3
Suzuki Ciaz FL 1
  • Menerima desain gril baharu yang lebih segar dan set lampu LED menggantikan jenis halogen. Lampu kabus juga dikemas kini dengan lingkaran krom.
  • Semua kerusi penumpang menerima balutan material fabrik dan pemandu pula mendapat panel instrumen meter ditambah baik membabitkan aksen hitam dan perak.
  • Dipasang skrin infotainmen 8 inci dengan ciri sambungan Apple CarPlay dan Android Auto melalui Bluetooth atau kabel USB.
  • Ada tambahan ciri kamera undur, dua beg udara dan teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD).

BACA >>> #TahukahAnda: Kenali 10 Jenis, Fungsi Lampu untuk Kereta
BACA >>> #SembangDeras: Mana Lebih Seronok, Pandu Gear Manual atau Automatik?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Pedal Syif Walaupun Gear Auto Kini Serba Pintar, Pantas?

Suzuki Ciaz FL
Suzuki Ciaz FL 2
Suzuki Ciaz FL 1
Suzuki Ciaz FL 3

SUMBER: Carmudi

Related

166
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Suzuki Ciaz (2021), Suzuki Ciaz manual 1.4L Facelift

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • WCE Mula Kutip Tol Seksyen 2 Laluan SAE ke Banting Mula Hari Ini
    WCE Mula Kutip Tol Seksyen 2 Laluan SAE ke Banting Mula Hari Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev