• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Pemandu Kurang Minum Air Sama Bahaya Macam Pemandu Mabuk

Kajian: Pemandu Kurang Minum Air Sama Bahaya Macam Pemandu Mabuk

July 2, 2021 By Shawkath Leave a Comment

383
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PEMANDU atau penunggang motosikal yang kurang minum air atau berada atas jalan dalam keadaan dehidrasi adalah sama bahaya seperti pemandu mabuk.

Perkara itu didedah firma Leasing Options berdasarkan beberapa penyelidikan menerusi kajian membabitkan kira-kira 1,000 responden. Berikut keputusan tersebut:

Statistik kajian mendedahkan:

  • 55 peratus pengguna jalan raya minum air kurang daripada pengambilan harian disyorkan pakar.
  • 43 peratus pemandu mengakui kurang minum jumlah air disarankan ketika memandu jauh.
  • 18.9 juta daripada 32.9 juta pemandu di Britain memandu dalam keadaan dehidrasi.
Berapa Banyak Air Perlu Minum?
minum air -2
minum air -1

Menurut kajian WaterLogic tahun ini, seseorang individu di Britain cuma minum 1.7 liter air sehari, jauh lebih rendah daripada jumlah disyorkan iaitu:

  • Lelaki - 2.5 liter
  • Wanita - 2 liter

Jika memandu jauh, pemandu disarankan membawa bekalan air bersih untuk diminum dan berhenti berehat selepas satu atau dua jam memandu.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Cecair Coolant Boleh Kurang Walaupun Tak Bocor?

Pertubuhan kesihatan dan insurans kesihatan antarabangsa, British United Provident Association (BUPA) mengesyorkan seseorang individu harus minum 10 gelas atau cawan air sehari untuk kekal terhidrat sepanjang hari.

Kenapa Penting Kekal Terhidrat?

  • Berdasarkan kajian, penurunan sekecil 1 peratus kandungan air sudah mampu menjejaskan fungsi badan dengan gangguan ke atas keupayaan kognitif dan emosi.
Bagaimanakah Kurang Air Boleh Jejas Pemanduan?

Kajian pasukan penyelidik di Universiti Loughborough mendapati kurang minum air atau dehidrasi boleh menyebabkan kesilapan atau ketidakcekapan memandu.

Kadar peningkatan ketidakcekapan itu hampir sama dengan penghadaman minuman beralkohol yang menyebabkan kandungan alkohol dalam darah sekitar 0.08 peratus atau seperti pemandu kurang tidur.

Portal Hydration Anywhere  pula mendedahkan, kesan kurang minum air adalah SAMA bahaya seperti pemandu mabuk.

Menurutnya, kehilangan 1.5 peratus air boleh menyebabkan kelemahan melaksanakan tugas yang memerlukan fokus, koordinasi motor dalam badan dan ketangkasan membuat keputusan.  Hilang konsentrasi pula menjadi penyebab utama berlaku banyak insiden tidak diingini.

Tahukah anda, 94 peratus kemalangan kereta disebabkan gangguan fokus?

Petanda Badan Tak Cukup Air dan Kesan Terhadap Pemanduan

Ini adalah beberapa petanda badan anda kurang kandungan air yang membawa kepada kesan pemanduan iaitu:

  • Penat
  • Pening atau sakit kepala ringan
  • Kejang otot
  • Hilang fokus / konsentrasi
Punca Lain Air Kurang dalam Badan
  • Individu yang cenderung mengalami masalah kurang air dalam badan ialah penghidap diabetes, muntah atau cirit-birit, terdedah kepada cuaca panas, alkohol dalam badan, bersenam hingga banyak berpeluh, demam, makan ubat atau sakit belakang badan.

BACA >>> Kajian: 4 Juta Pemandu UK Mengaku Pernah Terlelap Ketika Memandu
BACA >>> Hukuman Memandu Mabuk DIPINDA! Sabit Kematian Akan Dipenjara Minimum 10 Tahun!
BACA >>> Kajian: Perempuan Lebih Berisiko Cedera Akibat Kemalangan Berbanding Lelaki
BACA >>> Kajian: Kesan 'Lockdown' Buat Ramai Orang UK Takut Memandu

SUMBER: LeasingOptions

Related

383
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autotainment, kaitan air dan pemandu, kemalangan, kesan pemandu kurang minum air, pemandu mabuk dan pemandu kurang minum air, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev