TOYOTA sudah mendedahkan model generasi baharu Land Cruiser 300 Series yang dikhabarkan memasuki pasaran dunia selepas musim panas tahun ini.
Land Cruiser 300 Series (2022) menerima pembaharuan menyeluruh pertama sejak 14 tahun dan dilengkapkan ciri khas yang membolehkan pemiliknya tidur lebih nyenyak.
BACA >>> Lexus LX570 Paling Banyak Jadi Buruan Pencuri Kereta Jepun Sepanjang 2020
BACA >>> #RetroAuto: Suzuki Splash - MPV Mini yang Dibikin Khas untuk Pengguna Eropah
Karakter menarik dimiliki Land Cruiser membuatkan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu kerap menjadi sasaran pencuri kereta. Kes kecurian model tersebut agak membimbangkan di Jepun dan beberapa lokasi lain.
Contohnya di Queensland (Australia), ada laporan mendedahkan Land Cruiser menduduki ranking pertama kenderaan paling banyak dicuri antara 2015 hingga 2017.
Pencuri dilaporkan menggunakan teknik serangan geganti (relay attack), iaitu memintas gelombang radio kunci pintar untuk melarikan SUV rersebut. Malah kes kecurian dilaporkan semakin menjadi-jadi, termasuk di rumah pemilik.
BACA >>> Toyota Land Cruiser 300 Series (2022) Lancar, Guna Platform Baharu, Enjin V6
BACA >>> Nak Pilih SUV atau 4WD? Apa yang Beza?
Ini membuatkan pasukan jurutera Toyota berusaha menaik taraf ciri keselamatan anti-kecurian untuk generasi baharu Land Cruiser dengan memperkenalkan sistem pengimbas cap jari bagi menghidupkan enjin. Bagaimanapun, bukan semua pasaran didatangkan dengan ciri keselamatan itu.
Butang penghidup enjin disertakan bersama pengimbas cap jari dan enjin hanya akan dihidupkan apabila cap jari pemandu sepadan rekod pendaftaran pemilik. Ciri itu juga akan menentukan siapa boleh memandu kenderaan tersebut, sekali gus menghalang insiden kecurian.
Pengesahan cap jari juga dibuat apabila pemandu memegang dan membuka pintu kenderaan, termasuk mengaktifkan memori tetapan kerusi.
Setakat ini, sistem pengimbas cap jari akan ditawarkan sebagai opsyen di Rusia dan mungkin diperluas untuk pasaran Timur Tengah.
Berikut fakta ringkas mengenai Land Cruiser 300 Series (2022):
- Ada dua pilihan trenkuasa: petrol 3.5L V6 dan diesel 3.3L V6, tiada lagi trenkuasa V8.
- Dibina menggunakan platform GA-F berasaskan Arkitektur Baharu Global Toyota (TNGA) dengan ketahanan dan kestabilan ditambah baik.
- Berjaya menurunkan berat 200kg, dan lebih jimat bahan api daripada model terdahulu.
BACA >>> #TahukahAnda: Seberapa Pantas Suhu Luar Panaskan Kabin Kereta?
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Android Auto dan Apple CarPlay?
BACA >>> #ApaNakBuat: Tanda Awal Tayar Motor Bocor Tertusuk Paku, dan Apa Perlu Dilakukan
SUMBER: KurumaNews | TopSpeed
Leave a Reply