KAJIAN dilakukan firma penyedia maklumat, IHS Markit mendapati purata usia kenderaan kini meningkat secara konsisten sepanjang dekad lalu, terutama selepas kemelesetan ekonomi pada 2008.
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia turut menyumbang kepada peningkatan tersebut, manakala jualan kereta baharu terus merudum. Purata usia kenderaan atas jalan kini ialah 11.9 tahun, iaitu kira-kira sebulan lebih tua berbanding tahun lalu.
BACA >>> #TahukahAnda: 7 Tanda Anda Kena Tukar Kereta Lama, Beli Kereta Baharu
BACA >>> Kenapa 'Ujian Shaken' Buat Orang Jepun Tak Nak Beli, Simpan Kereta Lama-Lama?
Ada beberapa faktor menyumbang kepada peningkatan usia kenderaan tahun ini dan beberapa tahun lalu. Antaranya, peningkatan purata harga kereta dan kemampuan sesebuah kereta bertahan lebih lama.
IHS Markit meramalkan purata usia kenderaan akan terus bertambah kepada empat hingga enam bulan pada masa akan datang. Bagaimanapun, sukar mengambil kira faktor pandemik terhadap jumlah jarak pemanduan dan masalah haus kereta.
Tahun lalu, kenderaan baharu melibatkan 6.1 peratus kenderaan atas jalan, tetapi tahun ini IHS Markit menjangka jumlah tersebut menurun sekitar 5 peratus.
Ini bukan berita baik buat pengeluar kenderaan, tetapi lain pula cerita buat pemilik bengkel kerana pengguna kini lebih rela membaiki kenderaan mereka daripada membeli kereta baharu walaupun sudah tamat tempoh waranti.
BACA >>> Kajian: 4 Juta Pemandu UK Mengaku Pernah Terlelap Ketika Memandu
BACA >>> Kajian: Kesan 'Lockdown' Buat Ramai Orang UK Takut Memandu
SUMBER: CarAndDriver.com
Honda Malaysia says
Kalau pandai jaga, mungkin kos selenggara tak mahal. Tapi kalau jenis pakai tapi tak jaga, kos selenggara tu risiko rosak sana rosak sini tu tinggi.