• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Penat Kerja Punca Banyak Kematian Jalan Raya Berbanding Memandu Bahaya?

Kajian: Penat Kerja Punca Banyak Kematian Jalan Raya Berbanding Memandu Bahaya?

June 22, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

196
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS lebih setahun pandemik Covid-19 melanda, ramai mula berpendapat budaya bekerja dari rumah (BDR) harus diteruskan walaupun vaksinasi mencapai imuniti berkelompok suatu masa nanti. Ini kerana amalan BDR memberikan banyak manfaat kepada pengguna.

Selain menjimatkan kos dan masa, dua penyelidik dari Amerika Syarikat (AS) mendapati budaya BDR dapat mengurangkan kematian jalan raya. 

BACA >>> Kajian: 4 Juta Pemandu UK Mengaku Pernah Terlelap Ketika Memandu
BACA >>> Kajian: Pekerja Syif Malam Berisiko Kemalangan 3 Kali Ganda Tinggi Berbanding Biasa

Dalam kertas kajian berjudul Death on the job: The Great Recession and work-related traffic fatalities, ditulis Michael T French dan Gulcin Gumus, kematian jalan raya lebih berkait rapat dengan penambahan kerja berbanding pemanduan berbahaya.

Kajian dilakukan berdasarkan data diperoleh daripada 50 negeri seluruh AS sepanjang 2004-2012 dengan mengambil kira faktor turun naik makroekonomi dan era The Great Recession. 

PENAT BEKERJA BOLEH JADI PUNCA KEMALANGAN

Kajian mendapati kematian jalan raya ketika ekonomi berkembang tidak hanya berpunca daripada peningkatan tingkah laku berisiko seperti memandu mabuk, tetapi juga berkait secara langsung dengan kerja. 

Memandangkan kemalangan jalan raya dapat dielakkan, pihak bertanggungjawab seperti Kerajaan, badan kesatuan pekerja dan majikan boleh melaksanakan strategi berkesan seperti BDR dalam usaha meningkatkan keselamatan ke tempat kerja dan lalu lintas.

BACA >>> #TahukahAnda: 6 Fakta Tentang Mengantuk Ketika Memandu yang Perlu Anda Tahu

Penulis juga menganggap kajian terhadap sesuatu angka kemalangan adalah sebahagian isu besar. Ini kerana kebanyakan kajian kemalangan jalan raya hanya mengambil kira faktor seperti memandu mabuk tanpa bertanyakan mangsa sama ada kemalangan itu berlaku ketika mereka ke tempat kerja atau memandu atas urusan kerja. 

Dalam usaha mendapatkan lebih banyak data mengenai usaha tersebut, penulis mencadangkan lebih banyak kajian mengenai isu berkenaan dilakukan. 

Jadi, penyelidik di Malaysia mungkin boleh melakukan kajian lanjut untuk melihat adakah situasi AS sama juga seperti di negara ini. Tambahan lagi, angka kematian jalan raya di Malaysia memang sudah sedia tinggi.

BACA >>> Kajian: Kesan 'Lockdown' Buat Ramai Orang UK Takut Memandu
BACA >>> Kajian: Perempuan Lebih Berisiko Cedera Akibat Kemalangan Berbanding Lelaki

SUMBER: Jalopnik.com

Related

196
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bekerja Dari Rumah (BDR), Jurnal, kajian, Kajian Antarabangsa, kemalangan jalan raya, Penat Kerja, Punca Kemalangan Jalan Raya, Work From Home, Work From Home (WFH)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev