• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Qashqai (2021) Lancar, SUV Segmen-C yang Kemas, Bergaya!

Nissan Qashqai (2021) Lancar, SUV Segmen-C yang Kemas, Bergaya!

July 1, 2021 By Abang Hirata Leave a Comment

236
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) kini menjadi model pilihan popular masa kini. Sebagai contoh X70 dan X50 berjaya melonjakkan jualan Proton dan tidak menghairankan jika Perodua turut mencatat kejayaan sama melalui Ativa.

Senario seperti itu sudah lama dinikmati pengeluar global. Nissan misalnya mengeluarkan lebih tiga juta unit SUV Qashqai di Britain dari 2006 hingga 2017.

BACA >>> SUV Nissan Paling Laris, Qashqai N-Motion Kini Tampil Lebih Menarik
BACA >>> 10 Kereta Paling Laris di UK Sepanjang 2020

Pasaran Qashqai lebih tertumpu di luar negara seperti Eropah, Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan China. Selain itu, Qashqai turut dinamakan sebagai Rogue Sport di AS dan Dualis di Jepun. Sejumlah kecil Dualis juga boleh ditemui di negara kita, berkemungkinan diimport secara bebas dari Jepun.

Qashqai generasi kedua dikeluarkan pada 2013, sudah lebih enam tahun di pasaran, dan kini Nissan memperkenalkan pula  generasi ketiga SUV itu pada Jun baru-baru ini. Berikut perinciannya:

  • Menggunakan platform Alliance CMF-C yang berkongsi dengan rakan perikatan lain seperti Renault dan Mitsubishi. Platform ini menawarkan dua jenis sistem suspensi belakang berbeza.
  • Qashqai pacuan dua roda (2WD) menggunakan suspensi torsion beam, manakala Qashqai versi pacuan semua roda (AWD) pula dipadankan suspensi multi-link.

  • Menampilkan gaya rekabentuk yang semakin matang yang secara keseluruhan nampak futuristik dan kemas.
  • Bahagian depan dengan kombinasi gril V Motion, lampu utama dan lampu siang (DRL) nampak bergaya dengan bentuk-C. Bampar pula kemas dengan garis tajam tetapi tidak terlalu agresif.
  • Rekabentuk depan Qashqai adalah anjakan baharu dalam rekabentuk Nissan yang tampil berbeza daripada X-Trail generasi keempat yang baru diperkenalkan April lalu.
  • Bahagian tepi dan belakang Qashqai nampak sederhana dan seimbang dengan rupa depan menonjol.
  • Dijana dua pilihan enjin 1.3L petrol turbo dan sistem hibrid ringan (mild hybrid) 12V. Enjin ini berkongsi dengan Mercedes-Benz A 200, dan dipadankan dua opsyen transmisi manual 6-kelajuan dan CVT Xtronic.
  • Qashqai mengeluarkan tiga output berbeza, iaitu:
    • Varian Visia 2WD dengan transmisi 6MT berkuasa 138hp dan tork 240Nm.
    • Varian 2WD dengan transmisi 6MT berkuasa 156hp dan tork 260Nm.
    • Varian 2WD dan 4WD dengan transmisi CVT Xtronic berkuasa 156hp dan tork 270N
  • Selepas pengenalan ini, Nissan akan menawarkan Qashqai trenkuasa e-POWER, iaitu kombinasi enjin 3-silinder 1.5L  dan bateri.
  • Enjin e-POWER bertindak sebagai generator yang membekalkan tenaga kepada bateri dan seterusnya menggerakkan kereta.

Dengan pakej menarik, adakah Nissan bakal menawarkan Qashqai di pasaran Malaysia? Berdasarkan tradisi, Qashqai bukan untuk dijual di negara Asean, termasuk negara kita. Selain Qashqai, Nissan juga ada beberapa SUV menarik lain seperti Juke, Kicks dan Magnite yang ketiga-tiganya belum ditawarkan di pasaran Malaysia.

Dengan peningkatan populariti SUV di Malaysia, ada baiknya wakil pengedar Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melakukan sesuatu supaya jenama Nissan dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pesaing lain.

BACA >>> Nissan Magnite (2021) Diperkenal di Indonesia, Harga Serendah RM60k!
BACA >>> #BikinKereta: Nissan Navara Pro-4X Warrior - Trak Pikap Edisi Khas Sentuhan Tuner Australia

Related

236
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Nissan, nissan qashqai, Roda4, SUV, SUV segmen-B

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my