• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Magnite (2021) Diperkenal di Indonesia, Harga Serendah RM60k!

Nissan Magnite (2021) Diperkenal di Indonesia, Harga Serendah RM60k!

December 23, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

152
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS diperkenalkan di India pada Oktober 2020, kini giliran Indonesia pula ditawarkan dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak Nissan Magnite (2021).

Ini ialah model pertama Indonesia di bawah pelan transformasi Nissan NEXT. Magnite juga model pertama di republik itu yang menggunakan logo baharu Nissan. Nampak menarikkan?

Magnite (2021) direka di Jepun dan memiliki ukuran panjang 3,990mm yang meletakkan model itu dalam segmen SUV subkompak atau segmen-B, manakala jarak roda 2,500mm, lebar 1,750mm dan tinggi 1,570mm. Ini bermakna Magnite lebih kecil daripada Proton X50 dan lebih cenderung menyaingi SUV Perodua D55L.

Mengenai Magnite, SUV ini dikuasakan enjin 3-silinder 1.0L HRAO turbo, sama seperti Almera yang diperkenalkan di negara kita, juga SUV pertama dipasangkan trenkuasa sesaran itu di Indonesia. Ia juga meriah dengan pelbagai ciri keselamatan.

Berikut ialah ciri-ciri Magnite (2021) spesifikasi Indonesia:

Nissan Magnite.13
Nissan Magnite.17
Trenkuasa
  • Enjin 3-silinder 1.0L HRAO turbo berkuasa 98hp dan tork 160Nm.
  • Menggunakan teknologi saduran silinder (mirror bore cylinder coating), sama seperti Nissan GT-R.
  • Kelebihan teknologi itu, mengurangkan rintangan dalam enjin, mengurangkan berat, menambah baik pengurusan haba dan pembakaran dalam silinder selain menyumbang kepada pecutan lancar dan kecekapan bahan api.
  • Dipadankan transmisi manual 5-kelajuan manual dan X-TRONIC CVT.
Rekabentuk
  • Teknologi LED pada lampu utama dan lampu siang (DRL) berbentuk L
  • Gril dominan dengan logo Nissan baharu, pertama untuk model Nissan Indonesia
  • Rim aloi 16 inci
  • Pilihan warna dwi-tona iaitu Flare Garnet Red-Onyx Black (merah-hitam) dan Pearl White-Onyx Black (putih-hitam)
  • Pilihan warna tunggal Blade Sliver (perak), Onyx Black (hitam) dan Storm White (putih)
  • Rel bumbung dengan fungsi bukan kosmetik.
  • Jarak kelegaan bumi 205mm.
Dalaman
  • Kluster instrumen TFT 7 inci dengan paparan Bantuan Pemanduan
  • Stereng multi-fungsi dengan kawalan jelajah
  • Unit infotainment skrin sentuh 8 inci dengan konektiviti telefon pintar
  • Butang mula-henti (start-stop) dan kunci pintar
Teknologi dan Keselamatan
  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
  • Monitor Pandang Sekeliling (AVM)
  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek Hidraulik (HBA), Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Dua beg udara
Varian dan Harga
  • Nissan Magnite Upper MT - Rp208,800,000 (RM 60,360)
  • Nissan Magnite Premium MT - Rp226,300,000 (RM 64,550)
  • Nissan Magnite Premium CVT - Rp 238,800,000( RM 68,110)

Dengan pakej (kecuali bilangan beg udara) dan harga sebegini, Magnite (2021) berpotensi mendapat sambutan baik jika ditawarkan di Malaysia. Sekurang-kurangnya Nissan boleh 'lari' daripada persaingan sengit tiga penjuru antara Almera, Toyota Vios dan Honda City.

BACA >>> Nissan Navara (2021) yang Lebih Canggih dengan Brek Kecemasan Automatik (AEB)!
BACA >>> Nissan Magnite Diperkenal dengan Enjin 3-Silinder 1.0 Turbo, Sama Seperti Almera

Nissan Magnite Indonesia
Nissan Magnite Indonesia 01
Nissan Magnite Indonesia
Nissan Magnite India
Nissan Magnite.03
Nissan Magnite.13
Nissan Magnite.17
Nissan Magnite.16
Nissan Magnite.15
Nissan Magnite.14
Nissan Magnite.02
Nissan Magnite
Nissan Magnite.12
Nissan Magnite.11
Nissan Magnite.05
Nissan Magnite.06
Nissan Magnite.10
Nissan Magnite.09
Nissan Magnite.08
Nissan Magnite.07
Nissan Magnite 01
Nissan Magnite 03
152
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Nissan, Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Nissan, Nissan Indonesia, Nissan Magnite, Nissan Magnite (2021), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
  • #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
    #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my