Kajian terbaharu Britain mendedahkan statistik membimbangkan, iaitu kira-kira 4 juta pemandu mengaku pernah tertidur ketika sedang memandu.
Keputusan diperoleh pertubuhan keselamatan jalan raya bebas, IAM Roadsmart membabitkan 1,000 pemandu Britain mendapati satu per 10 responden mengaku pernah rasa terlalu penat hingga membuatkan mereka terlelap dalam tempoh masa tertentu ketika memandu.
BACA >>> #TahukahAnda: 6 Fakta Tentang Mengantuk Ketika Memandu yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Kajian: Pekerja Syif Malam Berisiko Kemalangan 3 Kali Ganda Tinggi Berbanding Biasa
Lagi, lebih separuh responden mendakwa risau tentang masalah kepenatan yang dialami ketika memandu jarak jauh. Buktinya, seorang daripada 10 responden mengakui pernah terlanggar bahu jalan ketika memandu dalam keadaan penat, manakala empat daripada 10 responden pernah menurunkan pemanas dan membuka tingkap supaya kekal sedar.
Kalau mengantuk cubalah berhenti minum kopi dulu.
Bagaimanapun, hampir suku daripada pemandu membuat keputusan bijak dengan berhenti seketika untuk mendapatkan kopi dan berehat apabila rasa penat memandu.
Berdasarkan kajian dilakukan itu, nampaknya masih ramai masih belum sedar dan mengambil ringan mengenai bahaya memandu ketika mengantuk dan kepentingan merancang perjalanan untuk memastikan ada tempat untuk berehat setiap kali penat.
IAM Roadsmart menasihatkan pemandu supaya jangan memandu lebih dua jam tanpa rehat, terutama malam. Pesanan itu juga sesuai ditujukan buat pemandu di Malaysia. Sila utamakan keselamatan anda.
BACA >>> Kajian: Kesan 'Lockdown' Buat Ramai Orang UK Takut Memandu
BACA >>> Kajian: Satu Pertiga Penunggang UK Tidak Mahu Motosikal Elektrik
SUMBER: AutoExpress.co.uk
Leave a Reply