• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Basikal Pakai Halfcut Yamaha NMAX Jadi Perhatian

Basikal Pakai Halfcut Yamaha NMAX Jadi Perhatian

June 17, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA anda masih ingat, basikal dengan fairing Yamaha RX-Z dan Honda EX5 pernah jadi trend popular dalam kalangan anak muda Malaysia sekitar 1990-an dulu.

Di Indonesia, ada juga budaya kacuk basikal-motosikal itu, tetapi jauh lebih ekstrem, iaitu basikal dan skuter yang dikahwinkan secara potong sambung. Skuter jadi pilihan utama mungkin kerana pasaran negara jiran itu popular dengan produk segmen automatik.

Lihatlah basikal multigear dengan halfcut Yamaha NMAX ini. Produk mesra alam itu menggunakan set lengkap bahagian depan NMAX, siap dengan roda dan rim aloi, termasuk sistem brek cakera, serta diberikan nama Yamancal Telmax. 😅

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Basikal Perempuan Ada Palang Senget?

Fairing depan skuter Yamaha itu juga lengkap dengan set lampu dan hendal asal NMAX serta ada juga set lengkap cermin pandang belakang dan nombor plat di depan.

Ada seunit bateri ditempatkan pada bahagian frem bawah basikal yang dipercayai digunakan untuk menghidupkan lampu utama dan lampu signal belok.

Bahagian tengah dan belakang pula jelas sebuah basikal dan si penunggang perlu mengayuh kenderaan kacuk ini kerana tiada unit trenkuasa petrol atau elektrik digunakan. Bagaimanapun, masih boleh menukar gear untuk kelancaran kayuhan, terutama ketika mendaki kawasan tanah tinggi.

Pelana mengekalkan  unit asal basikal, iaitu pelana busa dengan spring untuk penunggang dan pelana besi buat pembonceng. Tongkat sisi pula sama seperti basikal biasa, sebelah kiri roda belakang.

Khabarnya, Yamancal Telmax itu milik Tuan Mustofa dari  Jakarta. Tiada kos ubah suai didedahkan bagi menyiapkan mobiliti luar biasa itu.

BACA >>> #TahukahAnda: Palam Pencucuh Mesti Tukar Set Penuh, Bukan yang Rosak Sahaja
BACA >>> #SembangDeras: Kenapa Minyak Enjin Kereta Tak Boleh Guna untuk Motosikal?
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Jaga Pelana Motosikal Supaya Tidak Mudah Pecah, Merekah
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Gasket dan Washer?

basikal-skuter-nmax-indonesia-1
basikal-skuter-nmax-indonesia-2
basikal-skuter-nmax-indonesia-3
Basikal NMAX
BASIKAL NMAX
Basikal NMAX 1

SUMBER: Iwanbanaran | Bapak Mustofa Kepala Jenggot

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Acara Basikal LEKAS, Basikal Viral, Basikal-Skuter, Kepala Jenggot, Mustofa, roda2, skuter, tular, Yamaha NMAX

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev