• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely Tetap Bangunkan Kenderaan Metanol, Tidak Mahu Bergantung Petrol

Geely Tetap Bangunkan Kenderaan Metanol, Tidak Mahu Bergantung Petrol

June 15, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

136
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GEELY akan terus membangunkan kenderaan dengan bahan api metanol walaupun berdepan risiko kegagalan, menurut pengerusinya, Li Shufu, Ahad lalu.

Geely adalah antara sebilangan kecil pengeluar kereta yang membangunkan kenderaan metanol dan kini sedang menguji teksi dengan bahan api tersebut sekitar Barat China. Trak metanol juga sedang dibangunkan di bawah divisyen kenderaan komersial pengeluar itu.

BACA >>> Selepas Kereta, Geely Mahu Buat Satelit Pula!
BACA >>> Daimler, Geely Bekerjasama Bangunkan Enjin Hibrid Masa Depan

Shufu tidak mendedahkan perincian lanjut mengenai teknologi Geely, cuma memaklumkan yang pengeluar itu akan menambah pengeluaran kenderaan metanol.

Berdasarkan laman web Geely, pengeluar itu sudah menghasilkan dan menguji 10,000 unit kenderaan metanol yang sudah dipandu lebih 1 bilion kilometer. Daripada jarak perbatuan itu, pemanduan 300,000km dibuat di Iceland sebagai salah satu projek ujian di sana.

Shufu berkata, Geely sudah melabur dalam syarikat berpangkalan di Iceland, Carbon Recycling International untuk membangunkan teknologi penghasilan metanol dengan karbon dioksida dalam usaha mengurangkan emisi karbon. 

Walaupun sedar projek itu berisiko gagal, beliau menegaskan Geely masih komited membangunkan teknologi kenderaan metanol.  Ini kerana bahan api tersebut dapat mengurangkan kebergantungan China kepada negara luar.

Tambahan lagi China kaya dengan arang batu yang boleh ditukar menjadi metanol. Pada masa ini, Negara Tembok Besar itu adalah pengimport terbesar petroleum. Justeru kewujudan kenderaan metanol akan jadi lebih mesra alam berbanding kenderaan petrol. 

Geely juga sedang giat membangunkan bateri untuk kenderaan elektrik, kereta hibrid dan kenderaan komersial hidrogen. 

BACA >>> Geely Labur RM18.9b Bina Kilang Bateri EV, Sasar Lawan Tesla
BACA >>> Geely Lancar Boyue Edisi Khas Sukan Asia ke-19 dengan Gril Proton X70

SUMBER: Autoblog.com

Related

136
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: bahan api baharu, EV, Geely, Iceland, Kenderaan Elektrik, Kenderaan Hibrid, kenderaan metanol, metanol, Methanol

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev