Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Selepas Kereta, Geely Mahu Buat Satelit Pula!
Auto Terkini

Selepas Kereta, Geely Mahu Buat Satelit Pula!

Abang HirataBy Abang Hirata10/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS automotif, Geely Holding Group kini mahu terlibat dalam industri pembuatan satelit pula. Pusat pengeluaran dan ujian satelit pengeluar itu kini dalam fasa pembinaan di bandar Taizhou, China.

Kilang terbaharu itu berada di bawah subsidiari Geely Holding Group, Geely Technology Group yang menjadikan ia syarikat persendirian pertama memulakan pengeluaran satelit di China. Fasiliti canggih tersebut terdiri daripada pusat pengeluaran satelit modular, pusat pengujian satelit, pusat kajian dan penyelidikan (R&D) satelit dan pusat komputer awan (cloud).

BACA >>> Geely, Volvo Rancang Tubuh Kumpulan Automotif Global

Berbekalkan kelebihan Geely dalam pengeluaran modular pintar, kilang tersebut sebenarnya memiliki kemampuan membangunkan dan mengeluarkan pelbagai variasi model satelit.

Malah, penyertaan Geely dalam bidang satelit adalah sebahagian transformasi pengeluar itu ke arah menjadi kumpulan teknologi mobiliti global. Strategi itu akan dilaksanakan syarikat Geely, Geespace yang ditubuhkan pada 2018 untuk pembangunan, pelancaran dan operasi satelit orbit rendah.

Menjelang akhir 2020, Geespace akan mula melancarkan rangkaian orbit rendah komersial. Antara manfaat satelit orbit rendah adalah kemudahan sambungan internet kelajuan tinggi, ketepatan navigasi  dan keupayaan pengkomputeran awan.

BACA >>> 9 Fakta Pantas: Geely Icon dengan Sistem Penulen Udara untuk Cegah Covid-19

KENAPA MAHU MEMBANGUNKAN SATELIT ORBIT RENDAH?

  • Peningkatan permintaan terhadap data berikutan ciri konektiviti yang ditawarkan kenderaan yang disepadukan dengan ekosistem Internet of Things (IoT).
  • Satelit orbit rendah Geespace dibangunkan untuk memenuhi permintaan tersebut dengan keupayaan sambungan kelajuan tinggi. Ini membolehkan kemaskini Over the Air (OTA) dan penghantaran konten kepada pengguna dapat dibuat pantas.
  • Pembangunan pemanduan autonomi Tahap 4 dan 5 memerlukan penggunaan ekosistem navigasi termaju bagi memastikan penggunaan selamat. Sistem navigasi sekarang bergantung kepada GPS satelit orbit tinggi yang terhad kepada ketepatan jarak beberapa meter.
  • Rangkaian satelit orbit rendah Geespace menawarkan ketepatan data GPS hingga sentimeter (sm) yang membolehkan fungsi pemanduan seperti menukar lorong dan mengelak kemalangan diproses cepat dan tepat. Malah boleh diguna untuk kenderaan darat dan udara.
  • Pengkomputeran awan dan edge (lokasi dekat) menerusi rangkaian orbit rendah mampu memenuhi beberapa keperluan pemprosesan data kenderaan.

Antara ciri penting satelit Geespace adalah rekabentuk dihasilkan untuk  bertahan 1-10 tahun sebelum termusnah sendiri di ruang atmosfera pada penghujung kitaran hayat.

BACA >>> Geely Jual Lebih 2.1 Juta Unit, Proton Sumbang 100k Jualan Sepanjang 2019

Auto Terkini Geely Geely Holding Group Geely Technology Group Geespace Internet of Things (IoT) Over the Air (OTA)
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.