• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah Cara Ferrari Testarossa Bawa TV Samsung UHD 48 Inci

Inilah Cara Ferrari Testarossa Bawa TV Samsung UHD 48 Inci

June 14, 2021 By Shawkath Leave a Comment

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SETIAP kenderaan ada kelebihan dan kelemahan. Bagi pemilik supercar, kekurangan utama kereta mereka adalah tidak praktikal untuk memuatkan barangan kegunaan harian bersaiz besar.

Supercar biasanya menawarkan ruang but kecil, sekadar memuatkan dua beg pakaian kecil atau satu beg golf. Jika mahu bawa barang besar, mereka mungkin perlu menggunakan perkhidmatan penghantaran walaupun barang yang dibeli itu satu saja.

BACA >>> Pemandu Trak Pikap Ford Ini Sumbat Hampir Seluruh Isi Rumah

PEMILIK FERRARI BAWA BALIK TV

Sekeping foto dikongsi di laman Reddit menunjukkan sebuah kotak televisyen bersaiz besar dilekatkan atas penutup enjin Ferrari Testarossa menggunakan pita selofan. Tiada perincian masa foto tersebut dirakamkan, tetapi berdasarkan nombor plat seperti didaftarkan di negara Kesatuan Eropah (EU).

Pemilik kereta Testarossa itu baru saja membeli televisyen Samsung UHD TV 48 inci dan mahu membawa pulang barang tersebut dengan cara ‘di luar kotak fikiran’, iaitu mengikat di belakang keretanya menggunakan pita selofan.

Sebenarnya itu bukan cara bijak kerana ikatan senang saja terputus yang boleh membuatkan televisyen baharu itu tercicir keluar.

Walaupun mungkin jarak perjalanan dekat saja, idea meletakkan pek televisyen atas penutup enjin bukan langkah bijak kerana boleh menutup aliran udara panas keluar, sekali gus menyebabkan trenkuasa jadi lebih panas. Televisyen yang baru dibeli itu pun belum tentu selamat kerana boleh rosak akibat terkena haba panas.

Apapun, fikir dulu sebelum buat. 🤔

BACA >>> Ferrari Saman Pereka Fesyen Swiss Sebab Iklankan Kasut Atas Kereta
BACA >>> Ferrari Omologata Milik Pelanggan Eropah Ini Hanya Ada Satu Unit Sahaja di Dunia
BACA >>> Tidak Perlu Risau Lagi Potong Lori, Samsung Tunjuk Prototaip Teknologi Skrin Belakang

SUMBER: CarScoops | Reddit

Related

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ferrari, Ferrari Testarossa, Reddit, Samsung UHD 48, Testarossa V12

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev