MAJORITI pengeluar kereta masa kini lebih gemar menggunakan enjin sesaran kecil untuk menjimatkan minyak dan mematuhi regulasi emisi yang semakin ketat. Situasi tersebut menyebabkan enjin kapasiti besar seperti V8 semakin pupus.
Bagaimanapun, lain pula cerita di Amerika Syarikat (AS) apabila Ford dilaporkan sedang membangunkan enjin V8 berkapasiti 7.2L Twin-Turbo untuk dipasangkan pada trak pikap.
BACA >>> Kenali Jenis Enjin [SIRI 2]: Enjin V-Type - Jana Lebih Kuasa Buas untuk Kereta
Dalam versi standard, enjin itu mampu menghasilkan kuasa setinggi 430hp dan tork 644Nm manakala, blok silinder digunakan mampu menahan lebih kuasa, sekali gus memberi ruang untuk pengubahsuaian.
Menurut Ford Authority, ada dua prototaip sudah siap dibina berasaskan enjin tersebut yang diubah suai untuk menghasilkan tork tinggi. Walaupun tiada kepastian mengenai kewujudan varian lain untuk enjin itu, versi blok aluminium dikatakan sesuai digunakan pada Mustang.
Terdapat juga kemungkinan enjin tersebut digunakan pada F-150 Raptor R yang disahkan bakal dikuasakan enjin V8. Raptor pastinya calon sesuai menggunakan enjin Godzilla versi lebih ringan, terutama selepas menerima penambahbaikan casis yang membolehkan model itu menerima lebih banyak kuasa.
BACA >>> Tular Ford GT Biru Isi Minyak di Johor, Rupanya Milik...
BACA >>> Ford Patenkan Teknologi Papar Maklumat Papan Iklan Jalan ke Skrin Kereta
SUMBER: Autoblog.com
Leave a Reply