• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ford Bangunkan Enjin 7.3L V8 'Godzilla'

Ford Bangunkan Enjin 7.3L V8 'Godzilla'

June 3, 2021 By Arif Leave a Comment

228
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAJORITI pengeluar kereta masa kini lebih gemar menggunakan enjin sesaran kecil untuk menjimatkan minyak dan mematuhi regulasi emisi yang semakin ketat. Situasi tersebut menyebabkan enjin kapasiti besar seperti V8 semakin pupus. 

Bagaimanapun, lain pula cerita di Amerika Syarikat (AS) apabila Ford dilaporkan sedang membangunkan enjin V8 berkapasiti 7.2L Twin-Turbo untuk dipasangkan pada trak pikap.

BACA >>> Kenali Jenis Enjin [SIRI 2]: Enjin V-Type - Jana Lebih Kuasa Buas untuk Kereta

Dalam versi standard, enjin itu mampu menghasilkan kuasa setinggi 430hp dan tork 644Nm manakala, blok silinder digunakan mampu menahan lebih kuasa, sekali gus memberi ruang untuk pengubahsuaian.

Ford Mustang Mach 1

Menurut Ford Authority, ada dua prototaip sudah siap dibina berasaskan enjin tersebut yang diubah suai untuk menghasilkan tork tinggi. Walaupun tiada kepastian mengenai kewujudan varian lain untuk enjin itu, versi blok aluminium dikatakan sesuai digunakan pada Mustang.

Terdapat juga kemungkinan enjin tersebut digunakan pada F-150 Raptor R yang disahkan bakal dikuasakan enjin V8. Raptor pastinya calon sesuai menggunakan enjin Godzilla versi lebih ringan, terutama selepas menerima penambahbaikan casis yang membolehkan model itu menerima lebih banyak kuasa. 

BACA >>> Tular Ford GT Biru Isi Minyak di Johor, Rupanya Milik...
BACA >>> Ford Patenkan Teknologi Papar Maklumat Papan Iklan Jalan ke Skrin Kereta

SUMBER: Autoblog.com

228
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, enjin, f-150 raptor r, Ford, Mustang, raptop, Trak, Trak pikap, V8

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my