• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Kenapa Lampu Signal Belok Tetiba Berkelip Laju?

#TahukahAnda: Kenapa Lampu Signal Belok Tetiba Berkelip Laju?

June 1, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

LAMPU signal adalah komponen penting kenderaan anda. Ciri lampu itu yang menyala dan berkelip membuatkan pengguna jalan raya lain sedar niat anda sama ada mahu membelok ke kiri atau kanan. 

Bagaimanapun, jika anda perasan lampu signal belok berkelip lebih pantas daripada biasa, itu bermakna ada masalah pada komponen tersebut. Artikel ini akan menjelaskan fungsi lampu signal belok dan punca ia tiba-tiba berkelip lebih pantas.

Signal belok sepatutnya berkelip pada kadar sederhana saja.

BAGAIMANAKAH LAMPU SIGNAL BELOK BERFUNGSI?

Contoh relay signal belok jenis 3-pin.
Fius signal biasanya terletak dalam kotak fius.

Lampu signal belok akan menyala apabila kuasa daripada bateri disalurkan melalui fius kepada geganti pengelip (flasher relay/flasher). Apabila tuil signal kiri atau kanan diketik, litar akan bersambung dan diaktifkan lalu kuasa dihantar melalui litar kedua. Litar kedua itu pula terdiri daripada flasher dan mentol yang menyala mengikut arah diingini. 

Flasher yang disambung pada mentol mengandungi jalur besi kecil yang akan membengkok dan menegak apabila dipanaskan dan disejukkan. Pembentukan jalur itu akan menyambungkan dan memutuskan sambungan litar kepada mentol.

Jalur besi untuk flasher sangat sensitif kepada perubahan suhu, jadi ia perlu membengkok pada selang masa dan keadaan elektrik yang tepat.

BACA >>> Kajian: Kenapa Ramai Pemandu Tak Guna Signal Belok?
BACA >>> Kajian: 80 Peratus Pemandu Wanita Berumur Tidak Beri Signal di Simpang

PUNCA LAMPU SIGNAL KELIP LAJU

1. Masalah Mentol

Mentol kereta boleh terbakar selepas digunakan bertahun lama. Mentol bermasalah mengganggu aliran dalam litar yang menyebabkan arus elektrik berbeza melalui blinker. 

Cara mengesan mentol bermasalah adalah menghidupkan signal belok dan perhatikan sama ada menyala atau tidak. Jika tidak, menyala, periksa mentol dan gantikan baharu nampak gelap seperti sudah terbakar. 

2. Lampu aftermarket

Walaupun sesetengah lampu aftermarket nampak cantik, tetapi tidak semua lampu di pasaran sesuai dengan sistem elektrik kereta kita. Jika lampu signal belok berkelip pantas selepas menggunakan komponen aftermarket seperti lampu LED, cuba tukar kepada komponen asal dan perhatikan masalah itu masih berlaku atau sebaliknya.

3. Masalah Pendawaian

Sistem signal belok disambungkan dengan wayar. Jadi ada kemungkinan sekurang-kurangnya satu wayar dalam sistem itu bermasalah atau haus. Flasher juga boleh rosak dan perlu ditukar apabila tiba jangka masa tertentu. 

Cuba periksa bahagian wayar, blinker dan flasher dalam sistem untuk mencari punca masalah berkenaan.

BACA >>> #RetroAuto: Lampu Signal Belok Masih Kekal Guna Teknologi 40-an
BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Patut Nyalakan Lampu Signal Belok di Bulatan?

SUMBER: MotorBiscuit.com

Related

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kereta, Lampu, lampu aftermarket, Lampu Signal, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my