• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Hot Wheels R/C Tesla Cybertruck Muncul Lagi, Harga RM410

Hot Wheels R/C Tesla Cybertruck Muncul Lagi, Harga RM410

May 31, 2021 By Shawkath Leave a Comment

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAGI peminat Tesla, ada berita baik buat anda kerana pengeluar permainan popular Hot Wheels baru-baru ini melancarkan kereta kawalan jauh (R/C) Cybertruck pada harga AS$100 (RM410) seunit.

Produk mainan R/C baharu itu dibina berasaskan trak Cycbertruck dalam skala 1:10. Trak elektrik Tesla itu melakukan debut pada 2019 yang setakat ini sudah meraih tempahan lebih 200,000 unit.

Cybertruck skala 1:64
Cybertruck skala 1:10

Mattel Creations tahun lalu pernah memperkenalkan Hot Wheels R/C Cybertruck dalam dua versi, iaitu skala 1:64 berharga AS$20 (RM82.50), dan 1:10 dengan rekabentuk lebih terperinci pada harga AS$400 (RM1,660) yang lebih menumpukan kepada pembeli dewasa.

BACA >>> Kelajuan Maksimum SUV Planet Marikh Ini Cuma 0.016kmj Sahaja
BACA >>> Tesla Cybertruck - Trak Pikap Elektrik Paling Kebal dengan Harga Tak Masuk Akal

Bagi unit terbaharu, RC Cybertruck ini mampu mencapai kelajuan 19kmj dalam sistem pacuan roda belakang (RWD) yang didatangkan bersama kenderaan semua rupa bumi (ATV), dipanggil Cyberquad.

Trak mini Hot Wheels itu tidak didatangkan dengan lampu pencahayaan, tetapi alat kawalan jauh kali ini dalam bentuk stereng mirip trak Cybertruck sebenar.

Proses mengecas semula bateri mengambil masa tiga jam dan untuk bermain selama 25 minit. Bagaimanapun, permainan baharu itu bukan edisi terhad seperti model 2020 dulu. Pembelian boleh dibuat melalui laman web Mattel Creations, dan sudah berada di pasaran sejak 21 Mei lalu.

BACA >>> Inilah Hot Wheels dengan Harga Paling 'Meninggal Dunia', Dinilai Lebih RM600k
BACA >>> #RetroAuto: Hot Wheels Cetus Fenomena Kumpul Kereta Mainan Kenit

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mattel Creations (@mattelcreations)


BACA >>> Subaru Impreza 22B STI (2018) Ini Dilelong RM1.2 Juta!
BACA >>> Fakta atau Auta: Bolehkah Guna Ciri Kawalan Jelajah Ketika Hujan?
BACA >>> #ApaNakBuat: 3 Cara Tukar Tayar Mengikut Peralatan Dalam But

hot-wheels-tesla-cybertruck-rc-2021-5
hot-wheels-tesla-cybertruck-rc-2021-2
hot-wheels-tesla-cybertruck-rc-2021-3
hot-wheels-tesla-cybertruck-rc-2021-4
hot-wheels-tesla-cybertruck-rc-2021-1
mattel 1
mattel

SUMBER: Mattel | Motor1 | Creations.Mattel

Related

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: aksesori, Cybertruck, die cast, Hot Wheels, Hot Wheels Cybertruck, kereta mainan, Permainan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev