• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kelajuan Maksimum SUV Planet Marikh Ini Cuma 0.016kmj Sahaja

Kelajuan Maksimum SUV Planet Marikh Ini Cuma 0.016kmj Sahaja

March 25, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAMPAKNYA kenderaan utiliti sukan (SUV) bukan saja praktikal digunakan di Bumi, tetapi juga di planet lain. Buktinya, Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menggunakan kenderaan yang dikelaskan sebagai SUV untuk misi eksplorasi Marikh dengan diberikan nama 'Perseverance Mars'. 

Kenderaan saintifik itu memiliki berat menyamai model Jeep era Perang Dunia Kedua dengan kemampuan mendaki permukaan jalan berbatu di Marikh. Namun, kenderaan enam roda tersebut cuma mampu bergerak pada kelajuan maksimum 0.016kmj saja.

Setiap roda Perseverance Mars dilengkapi motor eletrik, tetapi hanya empat roda yang boleh dikendalikan. Diameter setiap roda ialah 20.7 inci, dan dibuat daripada hab aluminium dan kulit yang bersambung dengan jejari titanium fleksibel. SUV itu juga menggunakan suspensi berkualiti tinggi yang membolehkan roda mendaki batu setinggi kenderaan tersebut. 

Model berkenaan itu turut dipasangkan pembesar suara untuk merakam bunyi apabila sampai ke permukaan planet tersebut dan sepanjang perjalanan merentas Kawah Jazero sepanjang 0.027km (90 kaki). NASA turut memuat naik bunyi tersebut di laman Twitter agensi tersebut. 

🔊 Hear that? That’s the sound of me driving over Martian rocks. This is the first time we’ve captured sounds while driving on Mars.

Read full story: https://t.co/oqdnCJShjm pic.twitter.com/yKwypUSnE7

— NASA's Perseverance Mars Rover (@NASAPersevere) March 17, 2021

Kemajuan teknologi membuatkan segalanya boleh terjadi. Mungkin satu hari nanti kita dapat lihat angkasawan memandu kenderaan di permukaan Marikh seperti dilakukan mendiang Kapten Eugene Cernan yang memandu di bulan dengan kelajuan 18kmj.

BACA >>> #BikinMotor: Chopper Jurutera Nasa Kalahkan 100 Pereka Kustom Indian Motorcycle
BACA >>> Tesla Cybertruck - Trak Pikap Elektrik Paling Kebal dengan Harga Tak Masuk Akal

SUMBER: Fox News

Artikel Berkaitan

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), mars, nasa, perseverance mars, SUV, SUV Planet Marikh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my