• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Sniper 155 VVA (2021) Tiba di Filipina dengan Warna Serba Hitam

Yamaha Sniper 155 VVA (2021) Tiba di Filipina dengan Warna Serba Hitam

May 21, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGGUNA di Filipina nampaknya sudah menerima Yamaha Sniper 155 VVA (2021) dalam pilihan warna Matte Black (hitam kusam), tetapi tiada maklumat mengenai harga didedahkan.

Model itu didominasi tona gelap sepenuh badan, termasuk komponen set rim sport, peg kaki pembonceng, bar genggam pembonceng, enjin dan sistem ekzos kecuali bahagian muncung.

Berdasarkan tiga keping foto tular, badan supermoped itu tertera teks Sniper 155, VVA dan logo Yamaha dalam warna kelabu.

Semakan di laman web Yamaha Motor Philippines (YMPH) mendapati varian Sniper 155 VVA (2021) belum dipamerkan secara rasmi. Apa yang ada cuma Sniper 150 dalam lima pilihan warna.

Ini menimbulkan persoalan YMPH mungkin mahu mengagihkan bekalan stok terlebih dahulu kepada pihak pengedar sebelum pelancaran rasmi supermoped tersebut.

Pelana Sniper 155 VVA versi standard itu dilihat ditampal kertas makluman tiba di satu kedai motosikal di Bandar Batangas, Filipina. Rekabentuk nampak sama seperti Y16ZR versi Malaysia, tetapi masih menggunakan sistem kunci konvensional.

Komponen lain pun serupa seperti panel meter LCD penuh, set lampu utama terpisah, butang konsol pada hendal dan set brek cakera tunggal pada kedua-dua roda.

Kapcai itu mungkin menggunakan trenkuasa 4-lejang silinder tunggal SOHC 155cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) dan injap variabel VVA berkuasa 17.7hp @ 9,500rpm dan tork 14.4Nm @ 8,000rpm seperti spesifikasi Vietnam dan Malaysia.

BACA >>> Harga Yamaha Exciter 155 VVA Melonjak Tinggi di Vietnam, Stok Semakin Terhad
BACA >>> Yamaha Y16ZR VVA (2021) Lancar di Malaysia, Harga RM10,888!
BACA >>> Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu

SUMBER: Nguoiduatin

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Kapcai, roda2, Supermoped, Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Vietnam, Yamaha Filipina, Yamaha Motor Philippines (YMPH), Yamaha Sniper 155 VVA (2021), Yamaha Y16R 2021

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev