• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kapcai China Gaya Winner X, Y15ZR Ini Akan Masuk Malaysia!

Kapcai China Gaya Winner X, Y15ZR Ini Akan Masuk Malaysia!

May 20, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASARAN motosikal di Asean kini, terutama Vietnam dan Malaysia sedang mengalami perang supermoped yang didominasi jenama besar Jepun seperti Honda, Yamaha dan Suzuki. Bagaimanapun, pengeluar dari China pun sudah mula mengorak langkah dengan mengeluarkan produk buatan sendiri.

Terbaharu, pasaran Filipina menerima model kapcai Rusi Flash 150 (2021),  iaitu produk keluaran syarikat Yingang dari Chongqing, China, dan dijual pada harga 70,000 peso (RM6,050).

Menariknya, menurut sumber Vietnam, kapcai China itu khabarnya akan memasuki pasaran Malaysia menjelang suku ketiga tahun ini. Namun, tiada maklumat terperinci didedahkan setakat ini.

Berikut ciri menarik Yingang Rusi Flash 150 (2021): 

  • Hadir dengan rekabentuk sporty dengan rupa tengah mirip Yamaha Y15ZR, manakala rekaan belakang pula seakan Honda Winner X. 
  • Dijana trenkuasa patuh Euro4 4-lejang silinder tunggal 149.2cc penyejukan cecair berkuasa 10.4hp @ 7,000rpm dan tork 11.5Nm @ 5,500rpm serta dipadankan transmisi klac manual 5-kelajuan. Kelajuan maksimum cuma 100kmj. Agak hairan juga kenapa angka kuasa, tork dan kelajuan maksimum tidak tinggi sedangkan model itu didatangkan dengan kapasiti enjin besar dalam segmen kapcai.
  • Menggunakan teknologi LED penuh untuk lampu depan, lampu belakang dan lampu siang (DRL) untuk pencahayaan optimum. Meter digunakan adalah analog untuk speedometer dan digital untuk maklumat lain.

  • Sistem suspensi jenis fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang, manakala bahagian roda menggunakan brek cakera tunggal di depan dan belakang. 
  • Menariknya, model ini turut dilengkapi Sistem Brek Anti-kunci (ABS) yang tiada pada Y16ZR, tetapi ada pada Winner X versi Vietnam.
  • Dipasangkan rim aloi 17 inci dan dibalut tayar saiz 90/80 (depan) dan 120/70 (belakang). Tinggi pelana 780mm dan berat 113kg.

BACA >>> Rato SVR180 (2021) yang Macam Honda Winner, Exciter 155
BACA >>> Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?

SUMBER: Zingnews.vn

Related

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda, BSH, Honda, honda rs150, Honda Winner X, Hong Leong Yamaha, Supermoped, Yamaha, Yamaha Exciter, yamaha y 15, yamaha y16, Yingang Rusi Flash 150

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev