• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MForce Perkenal Dua Varian SYM Jet X 150 (2021), Harga Mula RM8.8k!

MForce Perkenal Dua Varian SYM Jet X 150 (2021), Harga Mula RM8.8k!

May 18, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MFORCE Bike Holdings Sdn Bhd (MForce Bike) mengumumkan skuter canggih terbaharu, SYM Jet X 150 (2021) yang akan mula dijual bermula 19 Mei ini di wakil pengedar terpilih seluruh negara.

Pelancaran dibuat secara digital menerusi laman Facebook Mforce TV, manakala kemunculan skuter tersebut sudah diuarkan  sejak sebulan lalu, termasuk rupa sebenar skuter berkenaan.

Ada dua varian Jet X 150 (2021) diperkenalkan pada harga asas tidak termasuk insurans dan cukai jalan, iaitu Standard (RM8,888) dengan pilihan warna merah, kuning dan kelabu, manakala varian Special Edition (RM9,188) diberikan warna khas, Chameleon Blue (biru).

Berikut perincian mengenai Jet X 150 (2021):

  • Dijana trenkuasa patuh Euro4 jenis  4-lejang 2-injap silinder tunggal 149.6cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 12.3hp @ 8,000rpm dan tork 12Nm @ 6,000rpm, serta dipadankan transmisi jenis CVT.
  • Memiliki dimensi panjang 2,000mm, lebar 760mm dan tinggi  1,115mm, manakala tinggi lega bumi 107mm. Tinggi pelana pula 780mm dan berat 140kg.
  • Menggunakan teknologi LED pada lampu utama, lampu signal belok, lampu belakang dan lampu siang (DRL). Lampu depan dan belakang memaparkan corak rekaan huruf Y.

  • Menggunakan sistem penghidup tanpa kunci (keyless) untuk meningkatkan tahap keselamatan skuter.
  • Kapasiti tangki minyak 7.5 liter dan ruang simpanan bawah pelana 18 liter.

  • Panel meter jenis LCD digital warna dengan paparan spidometer, takometer, trip perjalanan, jam, bar petrol dan beberapa maklumat lain. Skrin meter jenis auto malap (dimmer) untuk memastikan segala maklumat tunggangan dapat dilihat dalam situasi pencahayaan.
  • Ada dua port pengecas disediakan, iaitu USB dan soket kuasa cas pantas (Quick Charge) 2.0 untuk peranti elektronik lain.
  • Bahagian roda menggunakan sistem brek kombi (CBS) dengan brek cakera 260mm di depan dan brek cakera 220mm di belakang. Sebagai permulaan, sistem CBS ditawarkan terlebih dahulu sebelum varian Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) diperkenalkan.
  • Rim sport aluminium 14 inci dibalut tayar 100/90 di depan dan 110/80 di belakang.
  • Sistem suspensi dipasangkan fork teleskopik di depan dan dwi-absorber boleh laras 3-tetapan di belakang.

BACA >>> SYM Jet X (2021) Bakal Masuk Malaysia, Harga Bawah RM10k!
BACA >>> #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
BACA >>> SYM Jet X 150, Jet 4 RX Lancar di Malaysia Suku Pertama 2021!
BACA >>> GPX Lancar Drone (2020), Skuter Pertama Kolaborasi dengan SYM

sym-jet-x-150-2021-launch-5
sym-jet-x-launch-bg
sym-jet-x-150-2021-launch-1
sym-jet-x-150-2021-launch-2
sym-jet-x-150-2021-launch-3
sym-jet-x-150-2021-launch-4
SYM Jet X 150 2021 PL AP -4
SYM Jet X 150 2021 PL AP -3
SYM Jet X 150 2021 PL AP -2
SYM Jet X 150 2021 PL AP -1
Sym Jet X 150 (2021) - 22
Sym Jet X 150 (2021) - 34
Sym Jet X 150 (2021) - 33
Sym Jet X 150 (2021) - 43
Sym Jet X 150 (2021) - 49
Sym Jet X 150 (2021) - 39
Sym Jet X 150 (2021) - 40
Sym Jet X 150 (2021) - 48
Sym Jet X 150 (2021) - 53
Sym Jet X 150 (2021) - 56
Sym Jet X 150 (2021) - 57

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Jet X 150 (2021), MForce Bike Holdings, roda2, skuter, SYM Jet X 150 (2021)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev