• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mitsubishi Dedah Hasrat Hidupkan Semula Jenama Ralliart Selepas 11 Tahun

Mitsubishi Dedah Hasrat Hidupkan Semula Jenama Ralliart Selepas 11 Tahun

May 17, 2021 By Shawkath Leave a Comment

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MITSUBISHI berhasrat mengembalikan semula Ralliart selepas 11 tahun ‘membekukan’ jenama unit permotoran itu disebabkan beberapa faktor seperti krisis kewangan global 2010.

Pengeluar automotif dari Jepun itu sebenarnya tidak pernah membubarkan Ralliart, tetapi cuma mengecilkan unit berkenaan. Rancangan membangkitkan jenama Ralliart diumumkan dalam sesi pembentangan prestasi tahun kewangan 2020.

Antara senarai perancangan adalah pelancaran aksesori kustom untuk model Mitsubishi dan pembabitan semula dalam sukan permotoran global.

Dalam pembentangan itu turut ditayangkan trak pikap Mitsubishi L200 dengan aksesori Ralliart dan satu foto lain dengan paparan teks Alat Ganti Ralliart. Setakat ini, tiada butiran sama ada jenama permotoran itu akan digunakan untuk pengeluaran model prestasi atau dijadikan pakej naik taraf untuk produk standard Mitsubishi.

Jenama Ralliart direhatkan pada 2010 selepas 25 tahun terbabit dalam sukan permotoran dan hal ehwal talaan kenderaan prestas i tinggi.

Ralliart mula menempah kejayaan terunggul apabila Tommi Makinen menerusi Lancer Evo beraksi cemerlang dalam lumba rali dengan memenangi empat kali juara dunia. Selain itu, Ralliart juga pernah merangkul 12 kemenangan dalam Rali Dakar.

BACA >>> Mitsubishi Lancer Evolution X GSR SST - Raja Jalanan
BACA >>> Aksesori Dalaman Kereta Paling Dicari Sebaik Saja Dapat Kunci
BACA >>> 15 Kereta Sport Terbaik Pernah Dihasilkan Jepun

SUMBER: AutoCar

Related

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Lancer Evo (2021), Mitsubishi L200 Ralliart (2021), Mitsubishi Ralliart, RALLIART, Tommi Mäkinen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev