GPX Malaysia sebentar tadi memperkenalkan Demon GR200R (2021) ke pasaran tempatan pada harga asas RM11,388 (tanpa insurans, dan caj lain). Model baharu itu ialah produk pengganti kepada sportbike kelas 150cc sedia ada.
Ada tiga warna ditawarkan iaitu Red Fire (merah), Matt Grey (kelabu) dan Black Space (hitam). GPX Demon GR200R mencuri tumpuan ramai peminat motosikal selepas pelancarannya di Thailand pada Jun tahun lalu.
Berikut perincian Demon GR200R (2021):
- Trenkuasa jenis 4-lejang 2-injap silinder tunggal 198cc SOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 19hp dan tork 17.2Nm serta dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan. Kelajuan maksimum dianggarkan lebih 140kmj.
- Dilengkapi lampu LED penuh untuk lampu utama, lampu signal belok dan lampu belakang. Lampu siang (DRL) tirus diposisikan atas lampu utama.
- Menampilkan rekabentuk agresif yang dapat dilihat pada setiap sudut badan motosikal, termasuk tangki minyak berkapasiti 10.5 liter. Anggaran penggunaan bahan api 35km per liter.
- Panel meter jenis digital LED memaparkan maklumat tunggangan seperti spidometer, takometer, bar petrol, suhu enjin, jam, trip perjalanan dan posisi gear semasa.
- Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) dan monoshock YSS jenis prabeban boleh laras 7-tetapan multilink. Rantai jenis DID 428 o-ring dengan sproket 16 (depan) dan 47 (belakang).
- Bahagian roda menggunakan brek cakera tunggal 276mm dengan kaliper dwi-piston di depan dan cakera tunggal 220mm dengan kaliper piston tunggal (belakang).
- Rim sport bersaiz 17 inci dibalut tayar 100/80 (depan) dan 140/70 (belakang).
- Menampilkan pelana gaya sport jenis terpisah antara penunggang dan pembonceng. Tinggi pelana 815mm, manakala berat motosikal 155kg. Jarak roda pula 1,350mm.
- Sistem ekzos juga bergaya sport dengan peg kaki aluminium emas.
- Sportbike ini boleh didapati di pasaran bermula 10 April atau pertengahan Mei nanti di seluruh negara. Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti 2 tahun atau 20,000km perbatuan.
BACA >>> Thailand Lancar GPX Demon GR200R-Da Corsa, Harga RM10.9k!
BACA >>> Thailand Lancar GPX Demon GR200R (2020), Harga RM10k
BACA >>> GPX Lancar Drone (2020), Skuter Pertama Kolaborasi dengan SYM
Leave a Reply