• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / SYM Jet X (2021) Bakal Masuk Malaysia, Harga Bawah RM10k!

SYM Jet X (2021) Bakal Masuk Malaysia, Harga Bawah RM10k!

April 21, 2021 By Shawkath Leave a Comment

927
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MFORCE Bike Holdings Sdn Bhd (MForce Bike) akan meluaskan pilihan produk SYM di Malaysia dengan menambah satu skuter baharu canggih, iaitu Jet X (2021), seawal-awalnya Mei ini.

Harga asas skuter 150cc itu, yang juga dikenali sebagai GPX Drone di Thailand, dianggarkan bawah RM10,000, cukup kompetitif untuk bersaing di pasaran Malaysia dengan pencabar sedia ada.

Berikut spesifikasi Jet X (2021) yang bakal menjengah Malaysia tidak lama lagi:

  • Dijana trenkuasa patuh Euro4 jenis  4-lejang 2-injap silinder tunggal 149.6cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 12.3hp @ 8,000rpm dan tork 12Nm @ 6,000rpm, serta dipadankan transmisi jenis CVT.
  • Memiliki dimensi panjang 2,000mm, lebar 760mm dan tinggi  1,115mm, manakala tinggi lega bumi 107mm. Tinggi pelana pula 780mm dan berat 140kg.
  • Menggunakan teknologi LED pada lampu utama, lampu signal belok, lampu belakang dan lampu siang (DRL). Lampu depan dan belakang memaparkan corak rekaan huruf Y.
  • Menggunakan sistem penghidup tanpa kunci (keyless) untuk meningkatkan tahap keselamatan skuter.
  • Kapasiti tangki minyak 7.5 liter dan ruang simpanan bawah pelana 18 liter.
  • Panel meter jenis LCD digital warna dengan paparan spidometer, takometer, trip perjalanan, jam, bar petrol dan beberapa maklumat lain. Skrin meter jenis auto malap (dimmer) untuk memastikan segala maklumat tunggangan dapat dilihat dalam situasi pencahayaan.
  • Ada dua port pengecas disediakan, iaitu USB dan soket kuasa cas pantas (Quick Charge) 2.0 untuk peranti elektronik lain.
  • Bahagian roda menggunakan sistem brek kombi (CBS) dengan brek cakera 260mm di depan dan brek cakera 220mm di belakang. Sebagai permulaan, sistem CBS ditawarkan terlebih dahulu sebelum varian Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) diperkenalkan.
  • Rim sport aluminium 14 inci dibalut tayar 100/90 di depan dan 110/80 di belakang.
  • Sistem suspensi dipasangkan fork teleskopik di depan dan dwi-absorber boleh laras 3-tetapan di belakang.

Skuter Jet X (2021) yang ditayangkan ini ialah unit prototaip yang masih ditunggang uji dan dalam proses penambahbaikan. Lihat pada foto brek cakera yang masih belum dilengkapi sistem brek CBS atau ABS.

BACA >>> #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
BACA >>> GPX Lancar Drone (2020), Skuter Pertama Kolaborasi dengan SYM
BACA >>> Thailand Lancar GPX Demon GR200R-Da Corsa, Harga RM10.9k!

Sym Jet X 150 (2021) - 31
Sym Jet X 150 (2021) - 33
Sym Jet X 150 (2021) - 34
Sym Jet X 150 (2021) - 9
Sym Jet X 150 (2021) - 56
Sym Jet X 150 (2021) - 48
Sym Jet X 150 (2021) - 53
Sym Jet X 150 (2021) - 40
Sym Jet X 150 (2021) - 57
Sym Jet X 150 (2021) - 10

Related

927
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: GPX Drone Malaysia, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, roda2, skuter, skuter maksi, SYM Jet X (2021)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev