• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / MV Agusta Jual Basikal Kayu Gaya Motosikal GP Vintaj, Harga RM810

MV Agusta Jual Basikal Kayu Gaya Motosikal GP Vintaj, Harga RM810

April 7, 2021 By Shawkath Leave a Comment

108
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MV AGUSTA cukup sinonim dengan tawaran pelbagai motosikal mewah prestasi tinggi, termasuk model fairing penuh seperti F4 dan Superveloce 800 serta versi naked bike Rush 1000 dan Brutale.

Jenama motosikal asal Itali itu baru-baru ini menghasilkan model istimewa untuk kanak-kanak, iaitu basikal imbang gaya GP vintaj yang dihasilkan daripada kayu dan kini sudah dijual di pasaran Eropah.

Basikal kayu vintaj itu dibina menggunakan rekabentuk jentera lumba yang pernah ditunggang pelumba legenda Giacomo Agostini yang mencatatkan 311 kali kemenangan. Malah seragam merah-putih dengan nombor lumba '1' digunakan juga sama seperti terdapat pada jentera Agostini.

Basikal imbang itu dibina berasaskan rekod sejarah kemenangan sukan lumba motosikal MV Agusta 1960-1970-an, membabitkan 15 kejuaraan dunia, 123 kemenangan Grand Prix (GP), 18 kejuaraan Itali dan 10 trofi pelancong.

'Motosikal kayu' itu dikhaskan untuk budak atau kanak-kanak berusia antara 18 bulan dan 5 tahun, bertujuan melatih mereka mengimbangkan diri dengan lebih yakin ketika menaiki kenderaan dua roda.

Basikal itu turut mendapat kelulusan keselamatan alat permainan Kesatuan Eropah (EU) dan djual pada harga cuma €165 (RM810). Jangan terkejut, basikal kayu mesra alam ini juga diberikan waranti pengilang selama satu tahun.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Basikal Perempuan Ada Palang Senget?
BACA >>> Kajian: Lorong Basikal Punca Lebih Banyak Pencemaran Alam Sekitar?

MV Agusta Basikal 9
MV Agusta Basikal 6
MV Agusta Basikal 5
MV Agusta Basikal 2
MV Agusta Basikal 1

SUMBER: MVAgusta | Bike-News

Related

108
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: Basikal Kayu MV Agusta, Basikal MV Agusta, Giacomo Agostini, MV Agusta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev