JENAKA menukar jenama Volkswagen kepada 'Voltswagen' yang menjadi tular dan mencetuskan polemik hangat sejak awal minggu lalu sebenarnya diketahui pengurusan tertinggi pengeluar itu.
Pihak atasan Volkswagen sendiri tahu risiko bakal dihadapi, tetapi percaya helah memperdayakan media global dan orang ramai itu memang berbaloi dengan manfaat diterima pengeluar tersebut.
BACA >>> Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)
Satu artikel Auto News mendedahkan Volkswagen memang sengaja menyiarkan siaran akhbar bertarikh 29 April mengenai perubahan nama syarikat itu pada 29 Mac lalu. Dokumen itu dilaporkan belum habis dirangka (masih dalam keadaan tergantung).
Siaran akhbar tersebut disiarkan secara langsung selama sejam dan pautan pengumuman itu dikirim menerusi e-mel kepada wartawan profil tinggi dalam industri. Ketika itu, pengumuman berkenaan nampak seakan maklumat bocor daripada pihak Volkswagen. Rupanya, pihak di sebalik helah tersebut ialah agensi pemasaran utama Volkswagen, Johannes Leonardo.
We know, 66 is an unusual age to change your name, but we’ve always been young at heart. Introducing Voltswagen. Similar to Volkswagen, but with a renewed focus on electric driving. Starting with our all-new, all-electric SUV the ID.4 - available today. #Voltswagen #ID4 pic.twitter.com/pKQKlZDCQ7
— Volkswagen (@VW) March 30, 2021
Menurut maklumat siaran akhbar palsu dibocorkan itu, barisan pegawai eksekutif Volkswagen, termasuk jurucakap syarikat, Mark Gillies memberi jaminan kepada beberapa media perubahan nama tersebut adalah sah dan bukan lawak April Fool. Ini membuatkan ramai wartawan percaya kata-kata Gillies dengan menyiarkan laporan berita mengenai penjenamaan semula Volkswagen.
BERBALOI BUAT APRIL FOOL
Malah, Volkswagen turut menerbitkan siaran akhbar lengkap memetik Ketua Eksekutif Volkswagen Group Amerika Syarikat (AS), Scott Keogh meraikan perubahan nama Volkswagen kepada Voltswagen. 😅
Akhirnya, plot 'April Fool' Volkswagen terdedah dan perubahan nama itu disahkan sekadar gimik untuk menarik perhatian ramai terhadap model elektrik ID.4 baharu yang hendak dilancarkan.
Dalam temu bual bersama Auto News, Keogh berkata, nama Voltswagen disebut kalangan petugas Volkswagen sejak bertahun-tahun dan diketuai Naib Presiden Kanan Volkswagen Group AS, Reinhard Fischer.
Menurut Auto News lagi, pengurusan tertinggi Volkswagen memutuskan risiko mengelirukan wartawan dan orang awam sebagai ganjaran berbaloi.
What began as an April Fool’s effort got the whole world buzzing. Turns out people are as passionate about our heritage as they are about our electric future. So whether it’s Voltswagen or Volkswagen, people talking about electric driving and our ID.4 can only be a good thing. pic.twitter.com/Rzx8mJgxkT
— Volkswagen (@VW) March 31, 2021
Pakar Komunikasi Krisis Doyne Strategies, Karen Doyne pula berkongsi pendapat menerusi portal Ad Age mengenai kebenaran hal ganjaran diperoleh Volkswagen berikutan helah April Fool itu.
“Misi Volkswagen jelas iaitu mencipta berjuta-juta tajuk berita dan post berkait jenamanya dengan kereta elektrik. Nampaknya (mereka) berjaya dan ia berkesan. Misi tercapai,” katanya yang percaya orang ramai tidak melihat tindakan Volkswagen itu sebagai perbuatan ‘melampau’.
Walaupun Volkswagen mendakwa helah April Fool itu cuma hiburan, tetapi ada juga beberapa pihak terasa hati yang dikatakan cuba menutup isu skandal emisi diesel yang meletus sebelum ini.
BACA >>> Jurutera Volkswagen Mengaku Jadi Dalang Skandal Emisi Diesel
BACA >>> Skandal Emisi Diesel [SIRI 4]: 15 Troll Pengguna Internet Terhadap Penipuan Volkswagen
Leave a Reply