• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)

Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)

April 1, 2021 By Shawkath Leave a Comment

10.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS menceriakan segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan model X70 dan X50, Proton melakukan pengumuman mengejutkan apabila membuka pratempahan untuk model X30 dengan anggaran harga serendah RM65,000.

Pada harga diberikan, SUV ini kelas mini ini dikatakan akan memberikan saingan sengit kepada Perodua Ativa.

Ada dua pilihan trenkuasa ditawarkan, iaitu petrol aspirasi natural (NA) 1.5L berkuasa 124hp dan 1.0L pengecas turbo dengan tambahan kuasa 15hp (139hp) lebih tinggi berbanding model standard, manakala transmisi digunakan jenis automatik CVT yang dibangunkan bersama Geely.

Bagaimanapun, enjin turbo itu hanya ditawarkan untuk varian R3 edisi terhad yang didatangkan bersama kit badan khas terdiri daripada bampar depan dan belakang, dan kerusi sport, manakala perumah cermin sisi dan spoiler menggunakan material gentian karbon.

Menurut Proton, X30 ini akan didatangkan dengan lima pilihan warna menarik, iaitu Pearl Snow White (putih), Brown Cocoa Bean (coklat), Sonic Blue (biru), Wassawbe Green (hijau) dan Yuri Red Alert (merah).

Pengguna yang mahu membuat tempahan X30 dan X30 R3 Limited Edition diminta bertenang kerana kami masih keliru dengan laporan ini memandangkan hari ini 1 April 2021.

Jangan mareeee....

BACA >>> Lakaran Crossover Subkompak Proton X30 yang Lebih Murah daripada X50?
BACA >>> Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?

10.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: April Fool, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Proton, Proton X30 April Fool, Proton X30 Limited Edition, Proton X30 R3, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
    WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my