• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Kini di Vietnam, Harga RM8.2k, Tapi Tiada ABS

Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Kini di Vietnam, Harga RM8.2k, Tapi Tiada ABS

March 30, 2021 By Admin PanduLaju 1 Comment

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Honda Vietnam pada 27 Mac lalu melancarkan Winner X Edisi Terhad (2021) dengan menampilkan perubahan kosmetik yang didatangkan dalam kemasan merah dan hitam serta dijual pada tanda harga 45.99 juta dong (RM8,250), sama seperti Winner X varian pertengahan.

Walaupun dikeluarkan dalam unit terhad, wakil pengeluar itu tidak memperincikan jumlah pengeluaran sebenar model supermoped tersebut. Berikut ciri Winner X Edisi Terhad pasaran Vietnam:

  • Hadir dengan warna dan grafik khas merah, hitam dan kelabu. dengan fairing dada, fender depan dan ekzos dihitamkan untuk gaya lebih sporty dan agresif.
  • Ciri sedia ada dikekalkan seperti lampu utama LED, panel meter digital berwarna dan suis penghidup yang disepadukan dengan kunci pelana.
  • Masih dijana trenkuasa sama seperti Winner X biasa, iaitu enjin 4-lejang silinder tunggal 149.1cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 15.4hp @ 9,000rpm dan tork 13.5Nm @ 6,500rpm, termasuk transmisi, juga masih mengekal klac manual 6-kelajuan.
  • Memiliki tinggi pelana 795mm, jarak lega bumi 150mm dan kapasiti tangki petrol 4.5 liter dengan anggaran penggunaan bahan api 1.7 liter per 100km.
  • Menggunakan saiz tayar 90/80-17 MC 46P (depan)dan 120/70-17 MC 58P (belakang)
  • Sayangnya, model edisi terhad ini cuma menggunakan brek normal tanpa Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) seperti varian paling premium.

BACA >>> Rato SVR180 (2021) yang Macam Honda Winner, Exciter 155
BACA >>> Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?

honda winner x limited edition vietnam-Screenshot 2021-03-30 at 1.23.54 PM
honda winner x limited edition vietnam-Screenshot 2021-03-30 at 1.54.56 PM
honda winner x limited edition vietnam-Screenshot 2021-03-30 at 1.55.17 PM
honda-winner-x-special-edition-2021-vietnam-1
honda-winner-x-special-edition-2021-vietnam-2
honda-winner-x-special-edition-2021-vietnam-3
honda-winner-x-special-edition-2021-vietnam-4
honda-winner-x-special-edition-2021-vietnam-5
honda-winner-x-special-edition-2021-vietnam-6

SUMBER: zingnews.vn | HondaVietnam

Related

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda Vietnam, Honda Winner X, Honda Winner X Edisi Terhad, honda winner x limited edition, Kapcai, Moped, roda2, Supermoped

Comments

  1. Tinsyaz says

    October 7, 2021 at 3:29 PM

    Tunggu punya tunggu, bila nak masuk Malaysia ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev