• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Orang Amerika Boleh Beli Kereta Tesla Guna Bitcoin

Orang Amerika Boleh Beli Kereta Tesla Guna Bitcoin

March 28, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

389
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TESLA mengotakan janji yang dibuat awal 2021 apabila penduduk Amerika Syarikat (AS) kini boleh membeli kenderaan Tesla menggunakan Bitcoin seperti diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk menerusi akaun Twitternya. 

Ini langkah besar dilakukan terhadap penggunaan mata wang kripto itu dalam urusan jual beli. Setakat ini, hanya pembeli AS saja boleh membayar menggunakan Bitcoin. Namun, pembeli luar AS juga bakal dibenarkan membayar dengan mata wang tersebut tidak lama lagi.

Pay by Bitcoin capability available outside US later this year

— Elon Musk (@elonmusk) March 24, 2021

Tesla bulan lalu membeli Bitcoin bernilai AS$1.5 bilion (RM6.2 bilion) dan mengumumkan menerima mata wang itu sebagai salah satu cara pembelian kereta jenama itu. Pengumuman berkenaan menambahkan lagi penerimaan umum terhadap bitcoin, sekali gus menaikkan nilai mata wang berkenaan setinggi hampir AS$62,000 (RM256,560).

Malah, kenyataan Musk dalam Twitter mengenai pengumuman itu turut melonjakkan lagi nilai mata wang digital itu hingga 4 peratus. Beliau juga berkata, transaksi Bitcoin yang dibayar kepada Tesla tidak akan ditukarkan kepada mata wang tradisional, tetapi tidak banyak perincian dijelaskan mengenai bagaimana pembayaran itu diproses.

Nampaknya, mata wang digital sudah semakin luas digunakan. Jika mata wang ini semakin diterima umum, tidak mustahil akan menggantikan mata wang tradisional pada masa akan datang. 

BACA >>> Kemalangan Banyak Sangat Sebab Pemandu Tidak Pegang Stereng, Tesla Kena Siasat
BACA >>> Geely Labur RM18.9b Bina Kilang Bateri EV, Sasar Lawan Tesla

SUMBER: Autoblog

Related

389
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bircoin, bitcoin, cryptocurrency, Elon Musk, EV, mata wang digital, Tesla

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my